Pemanasan Global
Tarikh : Sunday, March 15 @ 09:04:24 MYT
Topik : Teknologi & ICT


Pemanasan global kian bertambah, ais di kutub semakin mencair dengan pantas dan paras air laut semakin meningkat. Dalam kajian sains, punca pemanasan global disebabkan oleh penghasilan karbon dioksida (CO2) yang berleluasa di muka bumi. Tahukah anda? Penggunaan komputer juga turut memberikan sumbangan yang besar dalam menghasilkan CO2 di muka bumi.





Ini adalah kerana ‘default setting’ bagi sistem pengoperasian (OS) pada sesebuah komputer sebenarnya menggunakan lebihan kuasa elektrik tanpa dimanfaatkan dengan sepenuhnya ibarat seperti anda memecut kereta anda dengan menekan pedal minyak secara mendadak, maka berlakulah pembaziran petrol kerana pembakaran yang tidak lengkap telah berlaku dan jumlah CO2 yang terhasil adalah secara berlebihan daripada kadar biasa.

Apa pula kaitan kuasa elektrik dengan penghasilan CO2? Mudah sahaja, jawapannya bagaimana pula elektrik dijanakan? Elektrik dijanakan secara meluas dengan menggunakan bahan bakar seperti gas dan sebagainya. Setiap pembakaran pasti akan menghasilkan CO2, dan semakin banyak kuasa elektrik yang manusia guna, semakin banyak bahan pembakaran yang digunakan untuk menjanakan kuasa elektrik.


Berbalik pula kepada penggunaan komputer, sebenarnya komputer kita tidak memerlukan sumber tenaga yang berlebihan untuk membolehkannya beroperasi, sebaliknya komputer kita hanya memerlukan jumlah tenaga elektrik yang jauh lebih rendah dari kadar ‘default setting’ yang terbina dalam Windows. Dalam versi keluarga Windows, dikatakan Windows Vista mempunyai ketetapan (setting) asal penggunaan tenaga yang lebih rendah berbanding Windows XP.

Pada bulan November tahun 2006, satu perisian percuma telah dilancarkan oleh syarikat Uniblue Systems Limited dan pada bulan Ogos tahun 2008, satu lagi perisian percuma dihasilkan oleh syarikat Verdiem Corporation. Kedua-dua perisian tersebut dibangunkan bertujuan untuk mengurangkan pengunaan tenaga elektrik dan penghasilan CO2 yang berlebihan ekoran daripada penggunaan berjuta-juta komputer sejajar dengan matlamatnya dalam usaha mengurangkan pemanasan global melalui manfaat dari penggunaan banyak komputer di seluruh dunia sebagai salah satu caranya. Perisian tersebut diberi nama LocalCooling dan Edison serta boleh di muat turun di URL ini:

http://www.soft82.com/download/windows/local-cooling
http://www.verdiem.com/edison

Sebagai contoh, saya telah menggunakan LocalCooling dan dari penggunaannya, komputer saya telah dioptimumkan dari jumlah penggunaan tenaga yang besar tetapi membawa pembaziran kepada satu jumlah penggunaan tenaga yang paling menguntungkan oleh komputer saya. Jumlah penggunaan tenaga oleh komputer saya sebelum dioptimumkan adalah sejumlah 113watt(s) kuasa elektrik merangkumi perkakasan seperti CPU, monitor, hard disk, graphic card, dan lain-lain perkakasan dalaman. Setelah dioptimumkan kepada 66watt(s) kuasa elektrik, saya telah jimat sejumlah 47watt(s) kuasa elektrik di mana ianya adalah satu jumlah yang agak besarkan?

Anda boleh mencuba perisian-perisian tersebut dan membuat perbandingan kemudiannya. Perisian-perisian ini bebas dari malware dan telah mendapat pengiktirafan ‘Microsoft Certified’. Kepada pengguna Windows Vista, sila gunakan perisian Edison. Ia juga sesuai untuk laptop.

 

Info:

http://www.localcooling.com
http://www.verdiem.com

P/S: Sayangilah bumi kita…


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3572