Bahang Pemilu Indonesia Kian Terasa
Tarikh : Monday, March 16 @ 03:03:40 MYT
Topik : Berita Luar Negara


Indonesia bakal mengadakan pilihanraya umum (Pemilu) pada 9 April depan. Pungutan suara tersebut menjadi medan terakhir untuk semua parti mengukur sokongan rakyat Setelah semua parti diberikan hak untuk berkempen dan melakukan gerak kerja persediaan yang tidak rasmi selama 267 hari bermula sejak 8 Julai 2008 yang lalu
 



Semua parti yang bakal berentap merebut sokongan rakyat diberi peluang melakukan pecutan terakhir bermula 16 Mac 2009 hingga 5 April 2009 kira-kira peluang masa 20 hari untuk berkempen.Manakala 2 hari selepas tarikh akhir kempen diperuntukkan bagi melayani "masa tenang" untuk rakyat menilai siapakah calon dan parti pilihan mereka.Keputusan penuh (Pemilu) bakal diumumkan pada bulan Mei.

Dalam pada itu Parti Keadilan Sejahtera menjadi tumpuan utama seluruh dunia.Dunia melihat ia sebagai sebuah parti yang mendokong dasar Islam.Sebagai persediaan menghadapi (Pemilu) 2009 Partai Keadilan Sejahtera mengidamkan pelaksanaan (Pemilu) yang berjalan lancar dalam suasana yang penuh damai dan muhibbah. Oleh Kerana itu seluruh petugas dan masyarakat diseru untuk meningkatkan kualiti spiritual bagi mencegah sesuatu yang tidak diingini berlaku sepanjang pelaksanaan pungutan suara.

Pemilihan kali ini dijangka sengit dengan paduan parti yang dilihat lebih mengarah kepada dwi parti walaupun masih ada yang enggan berpihak. Golkar lebih senang bekerjasama dengan PDIP manakala PKS dilihat sangat terbuka menjalinkan hubungan rapat dengan Demokrat (Parti Presiden Susilo Bambang Yudoyono) bagi menguatkan persediaan masing-masing menghadapi (Pemilu) 2009.

"Kalau Golkar-PDIP berhubung rapat, PKS harus bertindak cepat," kata Presiden PKS Tifatul Sembiring dalam pesanan ringkas kepada VIVAnews.

Demi merealisasikan hasrat kerjasama politik itu PKS telah mengundang Susilo Bambang Yudoyono ke majlis PKS sebagai usaha menjalin hubungan dan memperkemaskan usaha kerjasama antara dua parti tersebut. Susilo dilihat mempunyai peranan penting mewakili Parti Demokrat walaupun beliau bukan teraju utama parti tersebut.

Menurut Presiden PKS Tifatul Sembiring usaha ini dijalankan bukan hanya sebagai sebagai persedian politik malah ia adalah lebih bersifat persaudaraan manusiawi dan lebih daripada itu demi mewujudkan ikatan silaturrahim sesama parti dan rakyat.

Apapun jua strategi yang dirancang dan dilaksanakan oleh pelbagai parti yang bertanding, yang pasti Parti Keadilan Sejahtera (PKS) harus disandarkan harapan oleh semua pendokong gerakan Islam walau dimana jua berada. Persediaannya bersama doa kita semua, kejayaannya adalah kehendak dan cita kita bersama, apa jua yang berlaku kita tetap bersama mendokong hasrat dan cita-cita Islami (PKS) sebagai wadah gerakan Islam yang mampan di Indonesia.

Para kepimpinan dan pendokong (PKS) dilihat sebagai anak panah yang siap sedia untuk dilepaskan bila-bila masa sahaja ke tengah medan politik nasional bagi menggantikan tokoh–tokoh lama yang terbukti gagal membawa Indonesia kearah kekuatan dan kehormatan.

Mendambakan khilafah Islamiah.

Akhukum
http://najhie.blogspot.com/
Pejuang Kecil

15 Rabiu'l Awwal 1430, Khamis
2 ptg, Hayyu 10, Kaherah Mesir



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3628