Ribut Di Ipoh
Tarikh : Monday, March 16 @ 20:24:42 MYT
Topik : Aduan @ Laporan


 Pada 11 Mac 09 hari rabu satu kejadian ribut telah berlaku di stesyen 18 kira-kira jam 0330 petang dan telah merosakkan 130 buah rumah dari stesyen 18 hingga ke kawasan perindustrian Lahat Baru, Ipoh.Banyak rumah yang tercabut atap rumah dan papan tanda Tesco Stesyen 18 tercampak hingga ke Pasarbina dihadapannya

   Selepas kejadian berlaku banyak lah agensi kerajaan datang untuk melihat kejadian dan menafsir kerugian. Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis dan badan politik datang.Dianggarkan kan 10 buah rumah dianggarkan rosak teruk tapi bolih dibaiki. Kebanyakan rumah ada tercabut atap 2 keping sehingga kepada 20 keping. Yang menjadi kemuskilan saya adalah janji manis dari pihak kerajaan melalui wakil bahagian Gopeng berjanji akan menanggong kerosakan dianggarkan sekitar Rm 3000 sahaja. Rumah mertua saya adalah rumah kedua yang paling teruk mengalami kerosakan.Bapa mertua hanya bekerja sebagai pemandu lori sekitar bandaraya Ipoh. Setelah itu mereka berkumpul didewan untuk taklimat dan selepas itu membuat laporan polis untuk membuat tuntutan akan datang.

   Keesokan hari janji untuk menghantar orang membaikpulih tetap tak datang hanya rumah yang mengalami kerosakan kecil dibuat dahulu. YB dari Gopeng datang pada hari kedua kejadian dan menabur janji manis kerosakan akan ditanggong olih pihak umno kerana tiada peruntukan yang ada. Kalau nak tunggu peruntukan tunggu sehingga hujung bulan jadi Umno akan tolong dahulu.

  Tapi masuk hari ketiga tersangat sedih rasa hati apabila apabila kerosakan yang ditanggong hanya untuk atap sahaja tidak termasuk siling dan kalau nak betulkan siling minta kepada JKM.Habis itu kerosakan pada atap hanya ditanggong 50% sahaja dan 50% ditanggong oleh sendiri dari tuanrumah. Ayat yang menyakitkan hati kami adalah semua pertolongan ini hanya ihsan dari YB Gopeng jadi kami tidak dapat apa bantuan lain . Dari pihak kerajaan tiada apa bantuan semua hanya bantuan hanya usaha YB Gobeng sahaja.

 Setelah itu pihak kontraktor meminta pada bapa mertua saya sebanyak RM 1000 untuk membeli atap zing tetapi bapa mertua tidak bersetuju kerana harga sebenar atap untuk ditukar hanya RM 750 sahaja nampak betul ada pihak penyokong UMNO mengambil keuntungan dari orang yang susah.Nampak orang UMNO suka menindas orang susah. 
Sudahlah upah yang diambil sebanyak RM 1000 Dari YB untuk mengupah 3 warga asing dan membeli paku bernilai RM5.Betapa untungnya orang UMNO mengambil kesempatan patutlah mereka kalah di Perak. Tapi paling menyakitkan hati disuruh bapa mertua menandatangani borang sumbangan kosong yang menyatakan bapa mertua saya telah menerima sumbangan dimana kos pembaikan tidak ditulis.

Hanya chop ketua bahagian umno yang ada dan apabila di tanya jawapan diterima ini hanya ihsan sahaja dan prosedur memang macam ini. Umno akan berkubur kerana pihak sebegini.Kesusahan orang mendatangkan keuntungan kepada puak-puak UMNO membuat duit.Patutlah kes Tsunami lepas orang lain jadi jutawan dan kita yang susah makin susah.

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3649