Kerajaan perpaduan : Kapal umno yang bocor, jangan pula Pas yang karam
Tarikh : Tuesday, March 17 @ 21:06:54 MYT
Topik : Teguran @ Kritikan


Oleh kelulut@telokbakong.com

 Sudah lebih setahun Pru 12 berlalu. Adegan demi adegan politik mewarnai sepanjang tahun.Kemelut rasuah dalaman umno diselang seli hiruk pikuk Pakatan dikatakan akan menawan Putrajaya .
 
Ketika kedua - dua pihak BN - PR melancar perang saikologi negara dikejutkan kejatuhan kerajaan PR perak .Maka bermulalah kemelut yang sehingga kini masih belum reda

Susulan peristiwa rampasan itu pihak Istana pula menjadi watak penting sehingga melakar sejarah keputusan Sultan mendapat tentangan rakyat teramai.
 
Akibat daripada keputusan yang dikatakan tidak mengikut peraturan . Pihak yang bertelagah saling saman menyaman bagaikan kilat sabung menyabung.
 
Pada pandangan penulis kemelut antara PR - BN adalah jelas dan dapat dinilai dengan mudah oleh rakyat jelata. Pertelagahan politik antara kedua kuasa besar politik negara ini pasti akan mendapat ' balasan ' apabila muncul PRU 13 nanti .
 
 
Kebimbangan sebenar bagi penyokong Pakatan  adalah perpecahan dalaman parti pakatan rakyat  terutama PAS . Senario kini semakin terserlah hari demi hari .
 
 
Sebagai ahli Pas dan penyokong yang tidak pernah memberi undi kepada Umno penulis mempunyai hak untuk bersuara. Dan jika sebelum ini kami mengkritik  Pas jika masih teringin mahu bersekongkol dengan UMNO .Hingga saat ini kami masih tegas mengatakan PAS perlu menjarakkan diri dari hantu UMNO .
 
 
Jika sebelum ini heboh Erdogan vs Bukan Erdogan kini timbul pula pelan Kerajaan Perpaduan .Kenapakah ini  berlaku pasca pru 12 ?
 
Apakah benar ini suatu hasrat murni atau political milage . Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ini dikatakan  daripada Presiden Pas dan mendapat sokongan  Pemuda Pas.
 
Mursyidul Am Pas pula dilaporkan berkata :
 
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
 
Ini kerana, kata beliau, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum mereka berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama.
 
"Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik).
 
"Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu)," katanya.
 
mstar -
 
Di dalam kekalutan UMNO yang perit berhempas pulas mahu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti mereka. Pas pula menambahkan serabut rakyat dan ahli Parti  dalam memahami situasi semasa .
 
 
Sepatutnya kita harus lebih fokus terhadap kehendak rakyat yang mahukan pembaharuan politik. Tidak cukupkah pengalaman kerajaan perpaduan pasca  13 mei 1969 ? Bagaimana UMNO melayan PAS ?
 
Isu 1969 adalah berbeda tidak dinafikan jika ada keperluannya . Tetapi keadaan semasa isunya berbeza  . UMNO kini yang bergelut masalah moral , rasuah dan ditolak oleh rakyat Pas pula cuba bermain api.
 
 
Untuk ingatan bersama seluruh dunia maklum Umno umpama titanic yang hampir karam .Tetapi janganlah sampai Pas pula yang tenggelam dalam mengharungi badai .
 
 
www.telokbakong.com
 
www.telokbakong.blogspot.com

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3680