TV3 bohong lagi
Tarikh : Tuesday, March 17 @ 21:21:25 MYT
Topik : Aduan @ Laporan


 TV3 (buletin utama - 15/03/09) sekali lagi berbohong iaitu
mengenai bantuan kepada adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 iaitu berkenaan tawaran sebuah rumah kepada dia sekeluarga. TV3 kata umno yang bagi tawaran rumah itu menerusi Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin.

sedangkan..

Dari Harian Metro Online:

KOTA BHARU: Kejayaan seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, memperoleh 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar berkenaan.

Malah, bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41, menyifatkan pemberian bantuan itu sebagai rahmat terutama bagi membantu keluarganya yang serba kekurangan dan menjamin depan anak sulungnya itu.

Sebelum itu, Nik Mohd Kamal dikunjungi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Che Othman Che Mat.

Dalam kunjungan itu, Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan RM5,000 serta menawarkan sebuah rumah di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, untuk kediaman keluarga berkenaan manakala Dali memberikan bantuan RM1,000 bagi meringankan bebanannya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090316084507/Article/index_html


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3685