Resipi Shawarma Daging
Tarikh : Friday, March 20 @ 22:00:00 MYT
Topik : Tips @ Petua


 Bahan-bahan:
500 gm daging dipotong memanjang
2 sudu besar jintan manis digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh allspice
2-3 sudu besar perahan lemon
1 biji bawang besar dihiris tebal
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
2 biji tomato dihiris tebal
Daun parsley dihiris nipis
Garam secukup rasa



Cara-cara:
1. Perap daging bersama jintan manis, lada hitam, serbuk allspice, garam, perahan lemon, bawang putih dan bawang besar semalaman dalam peti ais.
2. Panaskan oven ke suhu 200C.
3. Lapik dulang pembakar dengan kertas aluminium.
4. Ratakan perapan di atas dulang.
5. Susun hirisan tomato atas perapan.
6. Bakar sehingga air daging agak kering. Balik-balikkan dari semasa ke semasa.
7. Enak dimakan bersama roti arab (nipis), tortilla atau roti pita. Bahan tambahan lain dicadangkan hirisan bawang dan tomato. Boleh ditambah mayonis atau cili sos atau sos thousand island jika suka. Boleh juga dilapik dengan cheese slice di atas roti kemudian diletakkan campuran daging di atasnya dan dipanaskan di dalam microwave supaya cheesenya cair. Tuang cili sos. Lain-lain resipi klik disini...

Kekalkan Kebahagian Rumahtangga Anda
Erotica XL



RM35.00
Erotica Virgin



RM35.00
Erotica V-Firm



RM65.00


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3754