Persoalan kepada PAS yang wajib dijawab.
Tarikh : Saturday, March 21 @ 19:27:02 MYT
Topik : Teguran @ Kritikan


 SmartGiftedBrain ialah seorang forumer yang telah memberi sedikit kejutan kepada forumer2 TKO yang selama ini diwadahkan hanya dengan "ceramah2 PAS" yang "memperjuangkan pembinaan Negara Islam" di Malaysia ini.

Malangnya, persoalan-persoalan yang di bawa oleh SmartGiftedBrain tidak mendapat jawapan-jawapan yang bermutu selain dari maki hamun dan hukum, satu-satunya kepandaian orang PAS.

SmartGiftedBrain telah menyertai forum dengan beberapa persoalan dan soalan yang ahli-ahli pembangkang di dalam TKO dapati sukar diterima. SmartGiftedBrain tidak menerima jawapan-jawapan yang bernas dan bermurtu dari forumer-forumer yang menentang kecuali maki-hamun dan hukuman-hukuman. Apakah persoalan-persoalan yang SmartGiftedBrain bawa?

Antaranya:

1-Mendirikan Negara Islam tidak disebut di dalam Al Quran dan Hadith. Kenapa PAS sibuk hendakkan Negara Islam?

2-Jika ada Negara Islam maka adalah Negara Kafir. Itukah kehendak Allah? Jika itulah kehendak Allah maka apakah maksud Nabi s.a.w diutuskan sebagai rahmatul alaamin?

3-Surah An Nur 55 kata: Allah yang akan beri kekhalifahan kepada mukmin, bukan kerajaan kepada Muslim. Mukmin dan Muslimin tidak sama dan PAS anggap semua sama. Adakah PAS betul?

4-Surah An Nur 55 juga kata: kekhalifahan untuk mukabumi, bukan sesuatu negara dan negeri sahaja. Adakah "perjuangan" PAS diterima seluruh dunia? Di Malaysia pun mereka ditolak!

5-Adakah tertib PAS sama dengan tertib Nabi s.a.w?

6-PAS bergerak atas demokrasi ciptaan Greek kafir. Bolehkan Islam dibina atas landasan yang bukan dari Allah dan Rasul?

7-Jika Islam terbina dengan Kerajaan, kenapa nabi-nabi tidak diiringi dengan Kerajaan, tentera dan senjata? Apakah yang PAS inginkan ini betul sedangkan agama tidak terbina dengan Kerajaan, sebagai mana tertib Allah?

8-Rumah-rumah Allah telah jadi medan maki hamun dan marah orang. Beginikah Nabi gunakan Masjid?

Banyak lagi persoalan-persoalan yang gagal di jawab.

SmartGiftedBrain harus dibenarkan di dalam Forum supaya PAS tidak sewenang-wenang lagi menipu Melayu Islam Malaysia dengan menggunakan Qias ulama-ulama mereka dan membelakangkan Quran dan Hadith yang sewajibnya dijadikan rujukan paling penting.

PAS harus ditukarkan nama kepada nama lain dan dihentikan dari menggunakan nama Islam kerana fitnah yang dibawa daripada perselisihan dengan UMNO. Orang2 Islam, samada dari PAS atau UMNO telah membuatkan Islam jadi hina dan dikotak-katikkan. PAS perlu dipersalahakan kerana mereka menggunakan nama Islam.

Perbalahan sesama Islam telah memburukkan agama yang suci ini dan kafir sedang memerhatikan akhlak buruk org PAS ini. Kafir akan jauh dari Islam kerana buruknya akhlak org Islam PAS di dalam forum ini dan di luar sana. Musoh orang Islam perlu diajarkanmkepada orang-orang PAS ini. Musoh mereka bukan UMNO tetapi Syaithan dan Nafsu!

Pendapat SmartGiftedBrain menunggu jawapan dan pendapat2 Ulama yang bukan dari PAS wajib dibenarkan di TKO ini sebagai memperbetulkan "perjuangan" PAS yg jauh dari tertib Allah dan Rasul s.a.w!

Terimakasih


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3804