Hidroponik - Teknik Tanaman Yang Menguntungkan
Tarikh : Sunday, March 22 @ 10:54:36 MYT
Topik : Bahan Rencah


Hidroponik adalah berkebun tanpa tanah. Dalam sistem hidroponik berkebun, tanaman yang ditempatkan di media yang berkembang dan zat tumbuhan diserap langsung ke akar.

Kebanyakkan orang terkejut apabila melihat tanaman yang tidak memerlukan tanah untuk hidup, sebenarnya tanah adalah media berkembang sangat tidak efisien.


Tanamanatas tanah yang menguna banyak tenaga penumbuhan akar untuk mencari air dan nutrien untuk hidup. Dengan membekalkan air dan nutrien dengan efektif, hidroponik boleh mempercepatkan kadar penumbuhan sehingga 50% lagi cepat dari mengunakan tanah.

terung dri kaedah hidroponik




Kaedah ini hanya menggunakan air dan larutan nutrien atau baja khas sebagai agen utama untuk pertumbuhan. Kaedah hidroponik sangat mudah dan menyenangkan serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk penyelengaraan. Hidroponik adalah kaedah tanaman yang tidak melibatkan pengeluaran peluh malahan dengan kos yang rendah pengguna dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli sayur dari pasar yang tidak diketahui jaminannya.

     
      Berkebun tanpa tanah menawarkan banyak keuntungan:

  • Penguasaan penuh terhadap pembajaan dan kadar nutrien untuk   tanaman
  • Boleh mengukur tahap PH dan nutrient dengan lebih tepat dan cepat
  • Penurunan serangan serangga/penyakit dari tanah
  • Penjimatan ruangan penanaman yang ketara
  • Pengurangan kos baja dan penyiraman yang ketara

     Manafaat hidroponik untuk alam sekitar:

  1. Pengurangan kos/pengunaan air yang banyak kerana pertanian secara hidroponik hanya mengunakan 10 % dari jumlah pengunaan tanaman atas tanah.
  2. Hidroponik juga boleh mengunakan air yang telah digunakan untuk penanaman selepas penuaian,hanya perlu tambah air sekiranya kurang dan boleh mengurangkan kos pengeluaran tanaman.
  3. Penjimatan pengunaan baja yang amat ketara kerana tiada pembaziran dan dalam masa sama ia juga tidak mencemarkan alam sekitar.pengunaan baja hidroponik hanya mengunakan 1/4 dari pengunaan baja tanah dalam kadar pengeluaran yang sama.
  4. Penjimatan ruangan yang ketara kerana teknik hidroponik hanya mengunakan 1/5 dari keluasan tanah yang diperlukan oleh tanaman atas tanah untuk pengeluaran hasil yang sama.

 

KEPENTINGAN HIDROPONIK SEBAGAI MEDIUM

PENJIMATAN DAN KESIHATAN KELUARGA

 

  1. Penanaman mengunakan bekas Kazzponic adalah menjimatkan masa anda dan boleh dilakukan di mana sahaja kerana tidak melibatkan tanah,bermaksud sekiranya anda tinggal di rumah pangsa/kondo atau di taman perumahan yang tidak mempunyai tanah lebih anda masih boleh melibatkan diri.
  2. Penanaman mengunakan bekas Kazzponic juga boleh menjimatkan perbelanjaan dapur anda kerana anda tidak perlu membeli sayuran kerana setiap pembelian set lengkap bekas Kazzponic cukup untuk 10 kali tuaian penanaman untuk anda.
  3. Set lengkap Kazzponic ini juga boleh digunakan sebagai permulaan perniagaan pertanian partime anda,anda boleh menanam sayur dan membekalkan untuk jiran/kedai makan dan sebagainya di tempat anda
  4. Kesihatan anda dan keluarga anda lebih terjamin dengan pengambilan sayuran yang di tanam dengan kaedah hidroponik oleh anda sendiri kerana anda tahu apa yang anda tanam. Anda dapat menjaga kebersihan tanaman sayuran anda dari pengunaan racun/baja yang anda tidak ketahui.

            hasil hidroponik

            www.kazzponic.com

 



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3830