Ke mana perginya Pejuang Islam di Bukit Selambau
Tarikh : Monday, March 23 @ 08:37:05 MYT
Topik : Teguran @ Kritikan


 Paluan gendang piliharaya kecil semakin jelas dan kuat kedengaran paluannya.  Masing-,masing pihak sudah mula berlatih mangatur rentak dan tari silat untuk berjuang agar tidak sumbang dan yang lebih penting agar jangan kecundang.

Malahan  nama para pendekar yang akan naik ke pentas untuk membuka bunga dan langkah sudah diwar-warkan.  Cuma belum diumum dengan rasmi oleh Datuk Bentara Raja Pilihanraya. Bukit Selambau.



Malangnya pejuang kerdil seperti saya agak terkedu melihat tidak ada nama para pejuang seagama dengan saya di gelanggang

Mana perginya orang-orang pejuang yang ingin meletakkan Islam di tempat paling atas dalam kehidupan di dunia dan akhirat.  Apakah  tidak ada seorang calon orang Islam yang ingin berjuang di Bukit Selambau yang ternyata di atas kertas majoriti pengundi Melayu (Islam) ialah lebih kurang 51%?

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin), dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun, kecuali jika kamu takut dari mereka sesuatu yang boleh membahayakan; dan Allah menakutkan kamu dengan azabNya dan kepada Allah tempat kesudahan."

Surah ali-Imran :28

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang

beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk

(kepada Allah)"

Surah al-Maidah : 55

Orang Islam wajib memilih pemimpin dari kalangan orang Islam. Islam di sini tidak bermakna Melayu.  Ramai saudara seIslam kita yang mendapat nur Islam bukan secara warisan menjadi orang hebat dari segi ketakwaan kepada Allah malahan ada yang berkewibawaan sebagai pemimpin.   Jangan memberi alasan kita ketandusan ataupun tiada kriteria calon yang sesuai untuk menjadi pendekar  yang  akan berjuang demi menegakkan syiar Islam di bumi Bukit Selambau.

Sebenarnya ramai para pejuang Islam yang ingin turun ke gelanggang Bukit Selambau untuk bertarung  jika diberi peluang. Tetapi harus diingat, selain harus muslim, yang dipilih menjadi bakal pemimpin juga mesti dipersyaratkan mukmin sejati . Dengan kata lain, komitmen keislamannya, kesetiannya dan itiqamah kepada perjuangan, dan kesetiaannya kepada Islam sudah memang teruji. Walau apapun terjadi pemimpin dan pejuang  ini tetap akan meletakkan Islam di tempat teratas dan sering membawa aspirasi Islam sebagai agama yang syumul, memperjuangkan sampai tertegaknya syariat Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan negara.

 

Ummat Islam tidak boleh mengangkat seorang pemimpin hanya karena kedekatan

hubungannya, meskipun ia seorang yang beragama Islam apatah lagi yang bukan Islam. Bertolak ansur dan tersepit dengan keadaan kerana dalam satu pakatan bukan satu alasan bila tiba saat memilih pemimpin, apatah lagi di kawasan majoritinya orang Islam. Allah memberikan peringatan kepada kita:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan bapak-bapakmu dan

saudara-saudaramu sebagai pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih

mengutamakan kekufuran daripada keimanan. Dan barangsiapa di antara kalian

yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka mereka itulah orang-orang yang

zalim." (QS at-Taubah: 23)

 

 Raanya cukuplah kalam pena saya mencoret setakat ini.  Namun yang pastinya, gelanggang pertarungan masih belum ditutup.  Bagi orang perjuangan ayuh pastikan ada pahlawan Islam setangkas Zaid Harithah, Ali ibn Abi Thalib atau Solehuddin Al Ayubi nanti bersama-sama bertarung untuk menjadi pemimpin kecil di Bukit Selambau.  Martabatkan Islam kerana hanya ISLAM saja merupakan jalan penyelesaian segala kemelut ummah hari ini terutama di Malaysia.  Takbir!!!!!



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3847