Nasihat ringkas untuk SmartGiftedBrain dan seangkatan dengannya
Tarikh : Wednesday, March 25 @ 05:58:22 MYT
Topik : Respon @ Ulasan


Jalan kesesatan terbuka luas dan mudah. Tidak sesusah jalan keimanan dan ketaqwaan. Di malaysia ada macam macam versi kesesatan, dari kaedah kaedah tarekat yang tiada salasilah yang soheh contohnya Al arqam hinggalah kepada Anti hadis dan sebagainya. Ada yang belajar agama di amerika yang tidak pasti sumber ketulinan. Ada yang belajar dari guru yang hanya belajar dari buku buku yang entah dari mana sumbernya. Ada juga yang pada asalnya dari guru yang diiktiraf dan tidak sesat tetapi kerana guru pelapisnya tidak di'talqin' dan tidak diiktiraf sebagai pengganti maka jadilah penyambungnya sesat.

Ada yang mahir dalam fekah tetapi kurang dalam tasauf. Ada yang mahir dalam tasauf tapi pincang dalam usuluddin. Dan bermacam macam lagi
 Dalam pengajian agama ada bermacam macam peringkat dan bermacam macam kitab. Ada kitab muntahi, mubtadi dan sebagainya. Ada kitab yang boleh dibaca oleh orang biasa dan boleh difahami sendiri kalau dibaca, seperti sesetengah kitab fekah yang biasa. Ada yang hanya boleh dibaca sahaja, tetapi untuk memahaminya perlu berguru kepada yang pakar. Ada kitab sangat tinggi dan memerlukan orang yang sangat pakar untuk menghuraikannya. Kerana dibimbangi menyeleweng aqidah kalau silap difahami, ini seperti kitab kitab tasauf dan ketuhanan.

Ilmu ada bermacam peringkat ilmu. Ilmu ada empat bahagian, ilmu syariat, ilmu tarekat, ilmu hakikat dan ilmu makrifat. Pengajian tasauf juga memerlukan keperibadian tinggi samada guru mahupun muridnya. Pemahamannya pula ada setengahnya perlu ada 'alam lain' untuk memahaminya. Ada setengahnya tidak dapat difahami di alam syahadah tetapi perlu ke alam malakut untuk memahaminya. Ada yang setengahnya pula tidak dapat lari dari fitnah bila berada di alam malakut tetapi perlu berguru di alam jabarut. Dan ada pula yang perlu kepada guru di alam lahut.

Nafsu jugak ada bermacam macam peringkat, amarah , lawammah, mulhamah, mutmainnah, mardiah, radiah dan kamilah. Pengajian peringkat nafsu ini supaya diri kita tidak 'perasan sempurna'. Segala apa yang kita fikir dan kita syok sendiri sebenarnya telah dihuraikan dalam peringkat peringkat nafsu ini.

Semua perbandingan pengajian dalam agama adalah sama dengan pengajian dalam ilmu biasa. Ada yang hanya ilmu tadika, ada peringkat sekolah rendah ada university. Ada yang dapat difahami dengan membaca sahaja. Ada yang hanya dapat baca formula sahaja tetapi perlukan praktikal untuk memahami jawapannya.

 Saya telah meneliti soalan saudara terutama tentang 'rahmatan lil alamin', kekhalifahan mukmin dan seluruh dunia, dari segi tertib dan saya juga cuba memahami arah aliran pemikiran dan pegangan saudara. Jadi kalau betul betul saudara smart, gifted, brain, tulisan saya di atas telah menjawab lebih dari 8 soalan saudara, sengaja saya tidak huraikan dengan lebih lanjut sebab tentu saudara sudah faham, itupun kalau saudara betul betul smart.

Al quran surah al maidah ayat 38 :
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ini ada dalam alquran..saudara mahu laksanakan?


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3892