Belumpun Turun Paklah Sudah Terpinggir, Khairy Terkuntang Kanting
Tarikh : Wednesday, March 25 @ 13:19:59 MYT
Topik : Kisah Pengajaran


 Dua tiga hari lepas Paklah balik dari lawatan ke Kuwait. Tidak ada satu orang menteri atau kenamaanpun yang datang sambut PakLah. Tangan PakLah sudah busuk sekarang. Tangan Najib pulak yang wangi. Semua orang nak cium tangan Najib. Khairy pulak terkuntang kanting pergi balai polis seorang diri nak buat laporan polis dia difitnah.


Kesiannnnnn...belumpun Paklah serah jawatan dia dah kena buang, dipinggir oleh orang yang dulu memuja dia bagai nak mampus. Inilah resmi UMNO. Tidak pernah ikhlas walau sedetikpun. Khairy pulak hanya menunggu masa untuk orang orang Najib membalas dendam. Tidak mustahil sehari dua inilah hari yang paling buruk dalam sejarah hidup khairy. Tilam yang dia tidur sekarang sudah tidak dirasa empuk lagi. Tidur malam sering terjaga dan mengigau.

Buku yang dikeluarkan oleh Yahya Ismail bukan sebarang buku. Ia mengenai Khairy. Buruk dan baik khairy. Buku ini sedang diedarkan kepada perwakilan UMNO sekarang. Sudah pasti buku ini tidak akan berani diedarkan jika tidak ada tangan tangan ghaib di belakang. Atau mugkin juga ia tidak akan diedarkan jika riwayat Paklah sebagai pemimpin UMNO masih panjang.

Riwayat hidup orang orang yang taat kepada UMNO tidak seratus peratus akan dikenang dan dibalas dengan perhargaan. Jika ada masa tersepit sesuatu jalan akan dicari untuk menekan atau melumpuhkan pengaruh politik pihak lawan.

UMNO sentiasa mencari kambing hitam atau anjing.Kambing hitam adalah orang yang boleh dipersalahkan bila ada sesuatu musibah, anjing pula adalah orang yang sentiasa taat dan patuh untuk perbuat apa sahaja. Kekadang ada setengahnya hanya menjadi kambing hitam. Kekadang hanya menjadi anjing. Kekadang dia boleh menjadi dua dua, mula mula anjing selepas itu kambing hitam. Mula mula jadi anjing bila disuruh tembak dia tembak,suruh letup dia letup selepas itu dia jadi kambing hitam. Tunggu masa untuk disembelih oleh sesiapa sahaja.

Kepada sesiapa yang berniat hendak 'berkhidmat sepenuh hati', fikir fikirkanlah. Ketaatan kamu tidak akan dihargai oleh puak puak UMNO yang berhati busuk.

Kembalilah kepada realiti. Berlaku adillah kepada rakyat. Kamu akan dikenang dengan budi yang luhur. Jangan kamu mati dihina dan dikutuk oleh bangsa kamu sendiri.



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3913