Akhbar Utusan Malaysia sudah mahu gulung tikar?
Tarikh : Wednesday, March 25 @ 19:45:21 MYT
Topik : Respon @ Ulasan


 Polis sedang memproses permit piket yang dimohon Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu (M) Bhd untuk berbuat demikian di penghujung perhimpunan parti itu, Sabtu ini.

Keputusan polis akan dimaklumkan kepada kesatuan petang ini, kata pengerusi kesatuan Amran Ahmad kepada Malaysiakini.

Ditanya tindakan selanjutnya jika gagal mendapat permit berpiket, tambahnya, NUJ Utusan akan memikirkan cara-cara lain untuk mengatasi kebuntuan rundingan perjanjian bersama (CA) dengan majikannya.

Permohonan permit itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi jam 11 pagi semalam selepas mendapat sokongan majoriti barisan exco kesatuan tersebut.

NUJ Utusan meneruskan hasratnya berpiket setelah gagal mendapat maklum balas barisan pemimpin tertinggi Umno dan menyifatkan tindakan tersebut "medan komunikasi berkesan untuk menyuarakan masalah kami."

Amran berkata kira-kira 20 pucuk surat dikirim sejak awal tahun ini kepada menteri-menteri Umno tetapi tidak mendapat sebarang reaksi mereka.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran Utusan Melayu (M) Berhad, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Rundingan terbaru susulan CA lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

Dihubungi hari ini, Amran berkata ramai anggota kesatuan tersebut menyokong tindakan berpiket.

Difahamkan dengan kawalan ketat keselamatan sepanjang perhimpunan agung Umno - yang juga menyaksikan pertandingan sengit jawatan-jawatan utama parti - polis sukar meluluskan permit

http://www.malaysiakini.com/news/100927

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3936