Pemuda UMNO, Melayu Lama, Mentaliti Berkarat.
Tarikh : Thursday, March 26 @ 14:52:55 MYT
Topik : Respon @ Ulasan


 Zaman sudah berubah, ketika C4 digunakan untuk membinasakan musuh, Budak2 UMNO (Pemuda UMNO) masih lagi dengan KERIS saktinya. Itu pun sekadar untuk diCIUM lepas tu di simpan dalam almari.

Ketika rakyat melihat akan kegagalan UMNO mentadbir khazanah Melayu, Budak-budak UMNO terus berkokok dan menyalak menyalahkan orang luar sebagai petualang, malah digelarnya DS Anwar musuh nombor wahid UMNO dan pengkhianat.


Ketika rakyat melihat bagai mana khazanah2 negara dibolot oleh kroni-kroni UMNO selama lebih 50 tahun hingga meraka kaya raya, dituduhnya orang luar UMNO yang nak Jual negeri.

Setelah semua rakyat tahu siapa perderhaka yang menghapuskan kuasa imunity raja-raja melayu. Dituduhnya pula DS Nizar menderhaka kepada Sultan.

Dikala suara sumbang UMNO tidak didengari rakyat kerana kalah teruk dalam pilihanraya yang lalu, tak semena-mena di marahnya pembangkang sebagai berani kurang ajar dan menyentuh sensitiviti orang melayu.

Dari perbahasan-perbahasan diatas (dibahaskan semasa perhimpunan Pemuda), kita dapat melihat budaya UMNO sebenar yang tidak pernah berubah dan mengaku kelemahan sendiri. Hakikat UMNO lemah kerana gagal membela Melayu, UMNO lembik kerana pemimpinya sibuk merampas harta rakyat, UMNO jahanam kerana ahlinya berjuang atas dasar peribadi, UMNO gila kuasa, UMNO membunuh demokrasi, UMNO melanggar perlembagaan, semua itu tidak pula disebut senagai faktor hilangnya sokongan atau kepercayaan melayu kepada mereka.

Sepatutnya barisan pemuda UMNO lebih terbuka, lebih bijak menganalisa keadaan, kerana mereka ini pelapis pemimpin akan datang. Tetapi rakyat tak dapat melihat ini semua dari hasil perbahasan wakil2 budak2 UMNO. Yang ada hanya "hangat-hangat tahi ayam", melalut "membabi buta" tanpa fakta. Malahan amat terserlah sekali sikap kebiadapban budak-budak tersebut.

Nama sahaja PEMUDA UMNO tapi berperangai macam MELAYU LAMA, kepala otaknya BERKARAT tak mahu terima perubahan.


"TEMPUR TERUS TEMPUR"


raw
St. Peterburg, Russia



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3960