Siapa Petualang Bangsa
Tarikh : Thursday, March 26 @ 15:34:54 MYT
Topik : Respon @ Ulasan


Ketua Pondan Umno dalam ucapannya menyatakan ada petualang bangsa di luar sana yang sangat pendendam dan sanggup menjualkan bangsanya kerananya.Sepintas kilat saya tahu yang dirujukkan itu adalah DSAI.

Kerana UMNO sekarang ni sangat takut dengan DSAI.DSAI merupakan tokoh yang begitu berpengaruh sekarang ini,baik dalam maupun luar negera,walaupun berbagai fitnah mihnah dilakukan bagi membunuh ketokohannya.Tokoh yang tidak terdapat dalam UMNO sekarang ini.Mana ada tokoh yang boleh di tandingkan dengan DSAI.Semuanya sama ada budak2 hingusan,bila berucap berbuih2 mulut,atau tua sasau yang bercakap tidak serupa bikin.

Siapa sebenarnya petualang bangsa?

Seawal pemerintahan UMNO,masa itu Perikatan,Menteri Pelajarannya Khir Johari telah menghapuskan tulisan Jawi dan menggalakan Perancangan Keluarga.

Kemudian Tungku Abd Rahman,PM pertama telah dengan percuma menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.

Siapakah sebenarnya petualang bangsa??

DSAI semasa menjadi mahasiswa Universiti Malaya telah berjuang untuk memertabatkan bahasa Melayu.

Kemudian DSAI menjadi penggerak kepada masyarakat mahasiswa mahasiswi dan siswa siswi ketika itu untuk menjadikan Islam sebagai alternatif kepada ideologi kapitalis dan sosialis dalam penyelesaian permasaalahan masyarakat.Pada ketika itu di kampus2 universiti fahaman sosialis begitu meluas dikalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Kalau tidak kerana usaha DSAI untuk itu,hari ini Malaysia akan dipenuhi oleh pemimpin2 yang kuat pegangan terhadap sosialis.Malah Tun Dr Mahathir sendiri dalam tahun2 enam puluhan begitu terpengaruh dengan ideologi sosialis ini.Cuba rujuk tulisan2nya dalam Utusan Melayu ketika itu.

Jadi siapakah sebenarnya petualang bangsa dan agama??

Hari ini setelah lebih lima dekad memerintah,apa jadi dengan bangsa Melayu!!!

Pengajaran Matematik dan Sains didalam bahasa Inggeris.Siapakah yang melakukan itu?

Ekonomi orang Melayu sejauh mana pencapaiannya sekarang?? Siapa yang bertanggung jawab??

Kemana hilangnya lebih separuh tanah reserve melayu dari yang asalnya di wartakan semasa kemerdekaan.Siapakah yang melahapnya???

Siapakah yang mula2 mencadangkan penghapusan hak istimewa orang Melayu dalam parlimen?? Kalau bukan tokoh UMNO yang sangat disanjungi

Jadi apakah DSAI seorang petualang!?

Siapakah yang telah menghapuskan kekebalan raja2 Melayu?? Kalau bukan UMNO

Siapakah yang ucapkan "natang" kepada Yang DiPertuan Agong?? Kalau bukan UMNO

Siapakah yang tendang pagar istana Sultan Perlis??? Kalau bukan UMNO

Jadi siapakah yang sebenarnya petualang bangsa dan agama???

JAWABNYA TIDAK LAIN TIDAK BUKAN UMNO

SILA AMBIL PERHATIAN ORANG2/AHLI2 UMNO
JANGAN TERTIPU LAGI.SERIKLAH

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3961