Perwakilan UMNO bela perasuah
Tarikh : Friday, March 27 @ 08:47:46 MYT
Topik : Pendapat


 Perhimpunan Agong UMNO kali ini mengundang rasa geli hati saya selaku pemerhati bebas.

Banyak suara-suara perwakilan secara langsung dan tidak langsung yang menunjukkan pembelaan mereka terhadap perasuah dan amalan rasuah.

Paling mengejutkan, ada yang secara sinis ‘menegur’ tindakan menggantung seorang pemimpin kanan UMNO yang terlibat rasuah selama tiga tahun tidak lama dahulu.


 Kini, pemimpin kanan tersebut kembali merebut kerusi yang terpaksa dikosongkannya setelah disabitkan kesalahan politik wang dahulu. Dan dia telah pun berjaya mendapatkan pencalonan secukupnya dari seluruh negara untuk pencalonannya itu!

Calon timbalan presiden UMNO yang dua orang itu, salah seorangnya amat sinonim dengan rasuah. Pernah dipecat kerana rasuah, beliau kembali ke medan ‘perjuangan’ dengan jawatan senator, lantikan Presiden UMNO. Seperti calon naib presiden tadi, dia juga telah berjaya mendapatkan pencalonan yang secukupnya dari seluruh dunia untuk menjadi calon Timbalan Presiden UMNO.

Kemenangan Khairy Jamaludin walaupun telah disabitkan kesalahan politik wang dan diberikan amaran oleh Jawatankuasa Displin UMNO tidak mengejutkan kerana telah terbukti beberapa kali perwakilan UMNO ini tidak kisah tentang perasuah. Tuduhan dan sabitan kesalahan Khairy tidak menjejaskan sokongan terhadapnya. Ia tidak mungkin berlaku jika asas perjuangan UMNO ialah kejujuran dan intergriti.

Seorang perwakilan mencadangkan Jawatankuasa Displin UMNO dibubarkan kerana ia boleh menjadi punca perkelahian ahli-ahli UMNO. Kelakar, kerana secara tersiratnya tanpa Jawatankuasa Displin UMNO, politik wang boleh dipraktikkan tanpa rasa takut dicekup.

Penglibatan SPRM dalam siasatan politik wang juga mengundang kritikan perwakilan UMNO yang memang kaki rasuah ini. Mereka mahu UMNO menjadi kelab rasuah eksklusif tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun.

Musa juga tidak bersetuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat menyiasat dakwaan politik wang dalam Umno.

“Tak payah bawa SPRM nak gempar kita, nak pantau kita.

“Lembaga disiplin buat kerja mereka, kami tahu kerja kami. Depa (Mereka) ini orang Umno ke? Ada semangat Melayu ke?

“Nak cari salah orang senanglah,” katanya, yang sering mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Hentam SPRM dapat tepukan, tanda sokongan perwakilan yang hadir.

Hebat betul UMNO, kelab rasuah eksklusif.

Perwakilan bercakap mengenai politik wang, mengakui budaya karat hitam ini dalam UMNO.

Tapi, apabila orang menuduh orang UMNO rasuah ketika pilihanraya, untuk dapatkan projek, dapat jawatan, mereka tak mengaku pula. Boleh percaya ke?

blog asal



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3969