Siapakah Petualang Yang Sebenarnya?
Tarikh : Friday, March 27 @ 23:22:56 MYT
Topik : Fikir Sejenak


"Ada petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia.

"Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah di sebaliknya; apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak. Demikian kebenaran ketentuan Ilahi menidakkan dakwaan orang yang bersifat
takabbur, bersifat riak, bersifat sombong.


"Demikian bidalan Melayu kepada ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul," katanya.Tambahnya, "petualang" tersebut seorang yang "gilakan kuasa, sanggup bersekongkol dengan musuh, menghina tanah air sendiri di serata dunia, mempersenda institusi raja, manusia berbagai-bagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi dan lain di depan, lain di belakang.""Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jual negeri," katanya. "Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan untuk menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh si petualang ini."

Berikut adalah petikan ucapan yang dikeluarkan oleh Dato' Hishamuddin Tun Hussin semasa perasmian pergerakan Pemuda PEKEMBAR (Umnolah) semalam. Adakah Dato' Hisham sedar ataupun tidak sedar semasa beliau mengeluarkan ucapan tersebut? Ataupun separa sedar, ataupun dalam keadaan koma?Sepatutnya beliau bermuhasabah diri sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

Beberapa persoalan saya ingin utarakan disini untuk difikirkan sejenak bersama anda semua. Siapakah petualang yang mengurangkan imuniti raja-raja melayu pada 1993? Siapakah petualang yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru? Siapakah petualang yang melarikan anak Sultan Selangor? Siapakah petualang yang membuat pendedahan yang mengaibkan tentang raja-raja melayu sekitar 90an? Siapakah petualang yang membawa kain rentang "kami nak idris, natang"? Jadi , sebelum berkata fikir-fikir dulu wahai Dato' Hisham. Jangan jadi seperti meludah ke langit....


http://addin77.blogspot.com





Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4000