Warkah Untuk Munawir, Mawi-Ekin dan Sejenisnya
Tarikh : Saturday, March 28 @ 06:41:14 MYT
Topik : Teguran @ Kritikan


Warkah ini saya tujukan kepada si Munawir dan penyokong setia beliau Mawi-Ekin serta sekularis2 yg. seangkatan yg. tak minat dan tak ada cita2 langsung untuk memperjuangkan dan memertabatkan Islam.

Tetapi yang peliknya mereka mengaku orang Islam. Dari penulisan mereka, mereka tiada cita2 langsung utk. tolong mendirikan negara Islam. Yang diperjuangkan adalah skop yg. sempit, iaitu, Melayu, Raja2 Melayu dan Umnomore.  Mereka ini juga penyokong perasuah2 dan kezaliman (ISA). Ini sajakah dunia mereka dan seangkatan dgn. mereka? Tak tahu atau sedarkah mereka bahawa dunia ini jembatan ke akhirat. Dunia ini juga telah diibaratkan sebagai pentas dan kita hamba2 Allah s.w.t adalah pelakon2nya. Kita akan diadili seadil-adilnya di atas lakonan kita itu di hari kemudian kelak di hadapan Rabbul Jalil. Tak adakah sekelumit sokongan atau simpati langsung terhadap pejuang2 atau tokoh2 Islam. Sebaliknya Munawir menunjukkan sikap suka menghentam, menghina dan tiada belas kasihan atau simpati sedikit pun terhadap pejuang2 Islam dan prinsip2 perjuangan mereka. Baru2 ini beliau telah membuat komen yg. sangat tidak patut atau komen gila terhadap seorang ustaz PAS (sila lihat 27/03/09 artikel "Khairi Menanti Nasruddin").

Saya tak tahu apa jenis Muslim kamu ni? Adakah kamu ni orang Islam separuh2 atau orang Islam 50% atau kurang daripada itu? Kamu ingat kamu akan hidup selama-lamanya atau kamu tahu bila kamu akan mati, supaya sempat bertaubat. Kalau amalan dan pendirian kamu macam sekarang, saya rasa payah atau liat untuk kamu berubah, kerana dah jadi darah daging, amalan dan zikir kamu. Hati kamu sudah jadi keras sekeras-kerasnya dan mungkin juga hati kamu sudah mati. "Old traditions/habits die hard."

Ingat tak kata2 Brutus setelah beliau membunuh Caesar “Not that I love Caesar less, but that I love Rome more” dan kata2 ini saya nukilkan semula untuk pencinta2 Islam dan untuk para pembaca sekelian dan diharap orang2 Umnomore berpendirian “Not that I love Melayu less, but that I love Islam more.” Wallahu A'lam.

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4009