Rayuan Sumbangan Tahfiz Mutmainnah (Madrasah Diasaskan Ustaz Sharir Long)
Tarikh : Sunday, March 29 @ 04:34:23 MYT
Topik : Nak Royat


Alhamdulillah ,bersyukur kepada Allah yang memberi kekuatan keimanan kepada mereka yang dipilih untuk menginfaqkan jiwa raga dan harta benda ke jalan Allah serta mempermudahkan usaha kita menyiapkan bangunan TAHFIZ MUTMAINNAH fasa 1 .Ini membuktikan betapa tidak sia-sianya sumbangan muslimin muslimat kepada pihak TAHFIZ MUTMAINNAH ini.

Dalam suasana sedih dan sedar dengan keruntuhan umat dewasa ini,pihak kami merasakan perlunya didikan islam yang sebenar untuk menyelamat akidah yang terpesong dibawa arus kemodenan dan kebendaan.Kepercayaan tuan/puan sekalian memberi keyakinan yng tinggi kepada kami dalam menunaikan amanah menyediakan keperluan umat dalam melahirkan para pendakwah dalam suasana umat yang semakin jauh dengan islam.

Pada peringkat awal perancangan pembinaan bangunan ini hanya untuk melaksanakan program pndidikan Pra Sekolah dan program keagamaan seperti Kelas Fardhu Ain ,Kelas Al-Quran untuk umu sahaja,tetapi memandangkan ruang lebih dan bagi manfaatkan lagi sumbangan Muslimin/Mulimat Jawatankuasa Pembinaan merancang dan Insyaallah akan menjadikan ianya sebuah MAAHAD TAHFIZ.Namun begitu ianya juga terhad pengambilan pelajar.

Memandangkan situasi ini,pihak Jawatankuasa Pembinaan Tahfiz Mutmainnah bercadang membina satu lagi Fasa bagi mencapai matlamat melahirkan para pendakwah.Oleh itu dengan segala kekurangan yang ada pada kami pihak pentadbir dan pengurusan memerlukan sumbangan Tuan/Puan bagi menjayakan hasrat murni ini.




Perancangan ini bermula apabila bangunan pada asalnya hanya untuk dimanfaatkan sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam,Kelas Fardhu ain dan Kelas Umami(Pengajian Islam) bagi penduduk setempat.Pembinaannya secara gotong royong dan berkat kesungguhan dan sumbangan orang ramai,bangunan ini telah siap dibina.

Pada peringkat permulaan pengambilan pelajar adalah terhad,namum dalam suasana masyarakat yang dahagakan ilmu islam,pihak Jawatankuasa Pembinaan Tahfiz Mutmainnah merasakan ianya perlu kepada penambahan tempat dan suasana yang lebih selesa bagi memenuhi hasrat masyarakat yang ingin melihat generasi yang akan datang ialah generasi Al-Quran.

Pihak pengurusan telah membeli sebidang tanah bagi mencapai matlamat dan hasrat murni ini.Namun hasrat ini tidak tercapai sekiranya tanpa sumbangan tuan/puan




ANGGARAN BANGUNAN TAHFIZ MUTMAINNAH

RM 1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu juta)
NO AKAUN :TAHFIZ MUTMAINNAH
552059703378 (MAYBANK)
Keterangan Lanjut Hubungi
Ustaz Sharir Long-019 4736060

Alamat surat anda kepada

Setiausaha Lembaga Tadbir
Tahfiz Mutmainnah
Lot 107 & 107 Kg Baru Permatang Berangan
08000 Sg Petani ,Kedah Darul Aman.Tel/Faks:04-4316203
Email:[email protected]

http://lutfimj2006.blogspot.com/


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4018