Amanat Pak Lah: Sememangnya Umno tak kisah....
Tarikh : Monday, March 30 @ 20:58:58 MYT
Topik : Komentar


 Hari ini Pak Lah melafazkan amanat terakhir selaku Presiden Umno. Selepas ini Umno akan dapat presiden yang baru iaitu Najib Razak. Nada Pak Lah tergambar sesal tak sudah, lebih-lebih lagi di depan TDM yang turut hadir mendengar amanatnya.

Betullah akan kata pepatah yang masih segar dalam ingatan kita; sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Tapi apakan daya.. Umno tidak pernah menyesal dan tidak pernah mengaku bersalah. Hanya Pak Lah sahaja yang menyesal, itupun barangkali ketika berada di hujung tampuk kuasa. Kalau tidak sudah tentu belum sedia untuk menyesal.

Telah digariskan oleh Pak Lah betapa Umno yang berada lama ditampuk kuasa sehingga pemimpinnya hilang kekuatan dan daya tahan lama. Lebih-lebih lagi nak jumpa rakyat yang dahaga erti "mesra" dan "budibicara" sebaliknya tercipta pemimpin "mendabik dada" terperasan dialah lebih dari raja. 

Pak Lah juga mendongak sesal tentang perbalahan yang tak sudah sehingga sesama ahli terus berpecah. Sedar juga Pak Lah rupanya betapa perpecahan itu berpunca dari Umno dan menular pula ke rakyat jelata sehingga hilang yakin generasi muda.

Dan sesal yang besar dari segala-galanya iaitu sifat tamak haloba yang bertakhta masih menjadi amalan sejak dulu, kini dan untuk selamanya. Sifat korup dan kemewahan duniawi masih menunjangi Umno itu sendiri sebenarnya.

Demikianlah Pak Lah dah menyesal..Kalau dulu berjanji untuk mencari dimana al-Ghazali, mencontohi as-Syafie, tetapi kini hanya bergantung harap kepada al-Khairy yang mungkin terpilih menjawat jawatan tinggi. Tetapi ingatlah.. Biasanya orang menyesal bila telah terhantuk kerana terasa sakit, tetapi bila telah hilang sakit tempat yang terhantuk buat tak kisah pun. Sememangnya Umno Tak Kisah......



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4068