Najib angkat sumpah 13 April dan Menteri baru dari Pantai Timur
Tarikh : Tuesday, March 31 @ 07:45:02 MYT
Topik : Maklumat


 Salam, setelah selesai perhimpunan agung umno, kini masa yang ditunggu-tunggu ialah masa mengangkat sumpah, Dato Seri Najib dijangka akan mengangkat sumpah pada 13 April 2009, apa yang ingin dibincangkan ialah ramai Ahli Parlimen dari Pantai Timur akan Menteri Penuh dalam kabinet  Najib.

Dari Pahang Najib sendiri, Jamaluddin Jarjis, Ismail Sabri, dan Datuk Hj Ismail, dari Terengganu pula dikatakan Shabery Cheek, Nasir Ibrahim ,di Kelantan pula Mustapha Muhammad dan Anuar Musa.

Najib dikatakan akan mengugurkan Nazri Aziz,Amirsham,Syed Hamid Albar,Nor Yaakob,Ong Ka Chuan,Mat Taib,Azalina Othman.Jamaluddin Jarjis dikatakan akan menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ismail Sabri akan bertukar menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,

Datuk Hj Ismail akan menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahagian Parlimen,Terengganu pula, Shaberry dikatakan akan dikekalkan sebagai Menteri Penerangan, dan Nasir Ibrahim pula akan di beri jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kelantan pula, Mustapha Muhammad dikatakan akan memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,manakala Anuar Musa dikatakan akan dilantik menjadi Senator dan dilantik menjadi Menteri Pelancongan

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4073