Usul Pendidikan Rumah Anak Yatim Trong
Tarikh : Tuesday, March 31 @ 07:51:10 MYT
Topik : Coretan @ Luahan


 Coretan ini merupakan satu usul saya mengenai permasalahan yang di hadapi oleh anak-anak yatim di Trong. Ianya ditulis dalam forum yang bertajuk 'TKO di Bukit Gantang".

Saya cuba paparkan disini bagaimana pengalaman saya sewaktu Gathering penamaan calon Bukit Gantang oleh Tranungkite. Harap Tersiarnya coretan ini  kepada khalayak untuk membantu mereka.

PEMBENTANGAN USUL

Maapkan saya kalau terkeluar tajuk tread,bila saya terpandang wajah-wajah anak yatim  di Trong , rasa sayu pula tengok.Apa yang dinyatakan oleh En.Asoi dan Ustaz Insani sewaktu Taaruf ada benarnya atau ia sememangnya kebenaran.

Melalui  pendidikanlah mereka dapat merubah nasib mereka dan pada masa akan datang mereka akan kembali membantu rumah tersebut. Dalam bergathering pada hari itu, saya sempat berfikir apa yang perlu saya kerahkan untuk membantu dari segi pendidikan.

Mungkin kita bernasib baik kerana memiliki hidup yang sempurna d limpahi wang dan kasih sayang tetapi disebalik kita sibuk berpolitik ini asas utama anak bangsa janganlah kita lupa.Sememang anda akan berfikir dalam hati sambil berkata 'aku juga susah dan bermasalah,aku tidak berkemampuan membantu','aku jauh dari Trong,bukan masalah aku',"aku sibuk dengan tugas harian aku yang turut membantu masyarakat lain,sudah pasti ada orang lain menjalankannya",'mengapa aku perlu memikirkannya sedang orang lain tidak memikirnya','aku masih belajar,tunggulah bila aku kerja nanti' dan lain-lain alasan mempertahankan diri yang sudah nyata realitinya sudah terbogel.

Tatkala menceduk makanan sewaktu jamuan sempat juga saya memandang anak-anak yang tersengih bermain-main gembira menyambut kami dari tepi tingkap. Hati saya terdetik sambil berkata 'sudah makankah anak-anak ini atau apa yang aku ambil ini hak mereka?' sambil mata saya liar memerhatikan pakaian mereka yang agak lusuh dan sekeliling  rumah  yang agak dipenuhi lalat(ini juga masalah).

Sekilasnya saya hanya terdengar perbincangan berkaitan TKO dan rumah anak yatim selain perbualan-perbualan mesra biasa rakan-rakan yang lain sambil makan.Tidak mengapa fikir saya dalam hati sambil menyimpan semua 'peluru-peluru hidup' kerana  saya fikir adalah kurang sopan menembak 'peluru sesat' ketika makan takut ia sesat dan makan tuannya yang baru mula menyuap.

Sewaktu sesi taaruf ,saya menggugurkan semua 'peluru-peluru' saya setelah mendengar penerangan dan permasalahan oleh Encik Asoi yang agak tajam apabila sampai ayat berbunyi 'berkaki empat' .Maka apabila tiba giliran saya berterabur kata-kata dan agak kelam kabut ayat dan hal ini kerana semua taktikal dan strategi perang terganggu apabila 'gugurnya peluru-peluru' sebelum picu ditarik.

Kalau dalam permainan bola,sudah bolos gol sebelum wisel mula ditiup.Gementar juga bila saya duduk dihadapan seorang Ustaz berpengalaman luas dari negara Mesir ke Malaysia.Nasib saya teringat 'future plan' dengan orang rumah saya tentang sebuah Tahfiz Al-Quran di Bintulu sebab orang rumah saya pun berasal dari sana.Berbalik kepada fokus coretan ini,saya rasakan perlunya diberi satu peluang untuk mereka memiliki pendidikan sempurna meskipun mereka jauh dari bandar.

Ibu saya pernah mengajar anak-anak dirumah tersebut di sekolah berhampiran lalu menceritakan permasalahan pendidikan yang mereka alami.bagi anak-anak yang memiliki ibu bapa,kurang-kurang perhatian khusus akan ditekankan oleh ibu bapa dalam pelajaran meskipun dari golongan susah.

Apalah yang diharap dari raut wajah redup setiap anak-anak yang mendiami rumah tersebut selain menjalani kehidupan rutin seharian sebagai insan biasa seperti makan,minum ,solat dan  sebagainya tetapi bagaimana pula pengisian minda mereka? Apalah yang diharap oleh mereka sekira tiada insan seperti ibu bapa untuk menanyakan 'besar nanti ingin jadi apa?''belajar pandai-pandai ya nak'.Tetapi mereka tiada semua itu. Hal ini lah yang amat perit dalam lubuk hati mereka meskipun mereka tersenyum apabila ada tetamu yang datang menziarah dan bersedekah wang atau barang makan.

Mereka tetap akan tersenyum.
Saya berpendapat begini, sekira kita mengetahui akan sesuatu permasalahan dan telah membacanya seperti anda membaca coretan ini maka sesuatu langkah khusus perlu diambil dan mereka sebagai golongan yang memerlukan mempunyai hak diakhirat kelak untuk menuntut 'penganiayaan' tidak rasmi ini dengan menyatakan bahawa 'encik/Puan telah mengetahui permasalahan kami dan telah mendermakan wang ringgit,pakaian n makanan tetapi terlupa sesuatu,anda terlupa asas penting untuk menjadi manusia iaitu 'ILMU",'Bagaimana pula dengan ilmu?.

Apa yang menjadi isu disini ialah masalah pendidikan dan pembelajaran mereka dan bukan nya masalah wang ringgit atau makan.saya berpendapat bahawa isu ini satu isu besar meskipun mereka terletak jauh di kawasan luar bandar.Rasanya sebagai pembaca di TKO seharusnya kita berfikir sejenak bagaimana untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik ini melalui pendidikan.

Para profesional seperti guru-guru , peguam, pegawai dan sebagainya hinggalah kepada pengangur,penjenayah, pengemis dan lain-lain yang mempunyai ilmu yang amat tinggi amat handal berdebat dalam pelbagai isu dalam TK0 ini.

Begitu juga tidak lupa kepada pelbagai golongan yang memiliki pangkat yang tinggi dari jeneral hingga rekrut,dari yang mulia kepada pencacai, dari yang perasan di ban hingga moderator,dari yang 'tops' kepada ahli baru, dari beribu pos kepada belasan pos.ayuh bersama-sama kita gembeling bahu membantu membina asas utama golongan kurang bernasib baik ini.

Kita juga tidak perlu menunggu sehingga TV3 datang dan baru kita perasan rupanya rumah anak yatim itu dikawasan kita dan baru kita mahu menepuk kepala.Maka seperti usul saya di atas,saya telah bentangkan seperti mana yang diperlukan dalam sistem amalan demokrasi,dan harus diingat,nama dan jawatan yang saya syorkan tidaklah sebagai sesuatu ketetapan tetapi sebagi gurauan.

Harap maaf kepada En Asoi,En Izaiyah dan en  Senoy dan lain-lain (maaf ingatan makin kurang bila makin tua kini)...ayuh warga TKO Taiping yang berjumlah lebih 1000 atau TKOens yang lain mari kita bersama-sama memberi sumbangan seperti buku-buku,menyediakan guru-guru,alat bantuan mengajar,komputer dan sebagainya kepada mereka.

Wasalam.


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4076