Tarik balik biasiswa pelajar di Mesir
Tarikh : Tuesday, March 31 @ 17:26:08 MYT
Topik : Respon @ Ulasan


Wakil umno cadang ditarik bisiswa pelajar di mesir dan mengharamkan persatuan yang menaungi pelajar2 malaysia di sini(PMRAM).Untuk makluman pembaca,kewujudannya adalah sejak tahun 1930 lagi..Jadi ini merupakan usia tua.Sumbangannya pun banyak.Apa yang saya tahu inilah persatuan yang turun berjihad menentang kekejaman zionis bagi membantu tentera mesir..

      


pada ketika itu pihak akhwat bertungkus lumus menjahit pakaian tentera jika tidak silap saya,di samping menderma darah.Manakala di pihak ikhwah pula turun bersama tentera mesir bagi menggempur pihak zionis.Pada saat itu para pelajar kita amat memberi komitmen seratus peratus.

        Jika para pembaca inginkan kepastian,cubalah saudara pergi sendiri berjumpa dengan mantan pelajar al azhar yang pernah ikut berjuang menentang zionis pada waktu itu,yang  kini sedang menerajui kerajan negeri kelantan darul naim.

        Umum mengetahui,memang mudah untuk berjumpa dengan beliau.Janganlah disangka mata yang resup sayu itu lemah,di sebalik tekanan yang dikenakan ke atas beliau siapa sangka orang yang bertubuh kecil molek itu begitu kental semangatnya.Tanpa disangka orang yang tidak melaung laungkan memperjuangkan bangsa itu telah terjun ke medan jihad.

         Jadi mengapa sebuah persatuan yang berusia 78 tahun itu diperlaku sedemikian rupa.Adakah semudah itu mengusulkan sesuatu usul dalam perbahasan.Kepada 'sipengusul' anda belum tinggal di Mesir,itulah yang membuatkan anda jadi begitu.

         Kamu di barat memanglah semuanya cukup.Cuba anda bayangkan jika anda  hidup di sini bersama kami.Keadaan disini amatlah berbeza.Pemikiran rakyat disini juga lemah.kami disini susah.kluarga kami di malaysia pun susah.Jadi mengapa seorang pelajar seperti anda sanggup mengeluarkan usul sedemikian rupa.Bukankah kita ini sesama pelajar.

         Jika biasiswa kami disini ditarik balik,bagaimana kami nak buat.Kepada rakyat malaysia yang menghadiri PAU,silalah bantah usul ini.Saya tidak bercadang untuk mnulis panjang lebar.Apa apa pun rakyat malaysia saya tahu senuanya pandai berfikir.kenang2lah nasib kani di sini.Kepada ahli keluarga di malaysia,doakanlah kami disini agar berjaya dalam imtihan kami.




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4105