Rangsangan RM60 bilion - Projek Melanun Rakyat?
Tarikh : Wednesday, April 01 @ 07:08:28 MYT
Topik : Fikir Sejenak


 Daripada jumlah itu, RM15 bilion adalah suntikan fiskal, RM25 bilion dalam bentuk Dana Jaminan; RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan perbelanjaan luar bajet; serta RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai.


Aku ni bukan pakar ekonomi, kadang-kadang aku selalu tengok angka yang keluar kat suratkhabar macam main letak suka-suka. Mungkin sebab banyak rakyat tak tahu apa-apa dan tak paham. Jadi aku buat pertimbangan ikut kepala otak aku pasal rangsangan RM60 billion ni. Kalau ada salah tu tolong bagitau dan betulkan. Jadi disini aku buat andaian kat negara kita ada 10 juta keluarga.

Kalau ikut kepala otak aku RM60 billion atau RM60 ribu juta akan disuntik dalam negara atau dengan kata lain 10 juta keluarga akan memberi hak mereka sebanyak R 6000 bagi setiap satu keluarga kepada kerajaan untuk merangsang ekonomi negara. Sebab nak rangsang ekonomi nih supaya rakyat tak susah. Inilah pemahaman aku.

Satu keluarga bagi RM6000 kat kerajaan. Dari mana asal duit itu tak kiralah kerajann yang memerintah akan tibai duit Petronas ke, EPF ke, buat loan kat bank pesisir ke, pinjam ceti ke atau melanun. Katanya tambahan ini akan dilaksanakan selama 2 tahun, bermula dari tarikh berapa haribulan sampai berapa haribulan aku pun tahu. Pasal aku cari tak ada tarikh diberi.

Kalau kau tanya makcik dan pakcik kat kampung ke sampai le budak-budak muda kat bandar yang setiap satu keluarga kat negara kita ni akan bagi hak dia kat kerajaan sebanyak RM6000 supaya mak bapak dia, adik beradik dia ,sedara-mara dia, sampai semua rakyat tak susah, engkau rasa diaorang ni percaya ke? Kalau tanya aku, aku memang tak percaya.

RM15 billion disuntik dalam bentuk fiskal. Bentuk fiskal ni kalau ikut pemahaman aku fiskal ni perbelanjaan kerajaan. Maksudnya duit belanja nak urus negara, bayar kat kakitangan kerajaan, dari peon sampai menteri. Aku pun tak tahu pasal apa meningkat mungkin nak bayar sewa ke, buat maintenance ke, bayar duit petrol ke, claim ke, tuh kena tanya yang buat belanjawan ni le. Kalau tanya aku banyak gila tuh, kerajaan nak urus satu keluarga kat negara kita mintak advance lagi RM1500 setiap satu keluarga. Kalau tidak tak terjaga le keluarga kita.

RM25 billion disuntik dalam bentuk dana jaminan. Bentuk dana jaminan ni kalau ikut pemahaman aku dalam bentuk bond. Bukan macam James Bond 007 tuh, tetapi dalam bentuk pinjaman. Maksudnya setiap keluarga akan bagi RM2500 kat kerajaan, supaya kerajaan dapat cetak duit, pastu bagi kat institiusi keawangan dan bank. Jadi boleh le golongan pemodal ke, peniaga ke, ah long ke pinjam duit kat bank supaya bisnes puak ni boleh beroperasi, bukan boleh jalan. Kalau boleh jalan lain pulak maksud dia. Jadi rakyat boleh le terus bekerja takde le kena berhenti kerja. Yang takde modal, dah hangus, boleh buat pinjaman baru boleh meniaga balik. Gitulah lebih kurang.

RM10 billion pelaburan ekuiti. Pelaburan ekuiti ni kalau ikut pemahaman aku, kerajaan akan suntik duit kat dalam pasaran saham. Pasaran saham ni klau tanya makcik dan pakcik kat kampung ramai tak paham. Aku ingat kat bandar pun sama gak berlagak je lebih. Kalau nak ambil senang maksud pasaran saham ni tempat koporat buat duit. Ambik untung mudah. Jadi setiap keluarga kat negara kita akan bagi RM1000 kat kerajaan supaya kerajaan dapat tolong orang koporat. Takut orang koporat jadi miskin.

Sebelum ni dah suntik RM7 billion atau pun setiap keluarga kat negara kita nih bagi RM700 kat orang koporat. Jadi RM700 campur RM1000 sama dengan RM1700 setiap keluarga kat negara ni tolong orang koporat. Bila orang koporat jatuh miskin nanti ramai sangat kat negara kita ni orang miskin.

RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan perbelanjaan luar bajet. Yang ni aku ingat ramai ramai orang tak paham. PFI tu menatang apa. Dalam bahasa inggeris Private Finance Initiative, maksud dia gini lebih kurang kerajaan bagi duit kat swasta suruh buat projek kerajaan, lepas tu pihak swasta boleh pajak balik dekat kerajaan, macam lebuhraya kita yang tol sana, tol sini tu, IPP buat kat TNB, Jabatan Air dan banyak lagi kira projek pengswastaan. Jadi setiap keluarga kat negara kita akan bagi kat kerajaan RM700 untuk buat pengswastaan. Jadi boleh le pihak swasta caj rakyat macam-macam. Kalau nak tahu pihak swasta ni gang koporat juga.

RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai. Maksud dia, ikut pemahaman aku kerajaan akan bagi cukai pelepasan sebanyak RM3 billion. Siapa yang dapat insentif cukai ni? Biasanya koporat juga dapat insentif cukai ni. Kalau tanya kerajaan, bukan untuk apa nak tarik FDI katanya. Bagi rakyat ada kerje. Kalau tanya aku, aku akan cakap takut orang koporat miskin. Sebab untung hasil memerah tenaga golongan pekerja dah kurang sikit, dah kena cukai.

Jadi apa yang aku nampak semua ni tipu je. Matlamat utama puak ni adalah nak melanun hak rakyat. Pasal tu puak gerombolan bila sebut ada suntikan baru, diaorang tepuk tangan suka sangat. Jadi apa yang aku nampak ni bukan nak tolong rakyat, tetapi nak tolong koporat dan kroni yang bangsat.

Tak kesian ke bila tengok makcik dan pakcik membanting tulang nak cari sesuap nasi. Tak kesian ke bila tengok anak-anak setinggan menangis dalam gelap. Tak kesian ke kita tengok adik-adik kita kat pedalaman pergi sekolah berkaki ayam. Tak kesian ke tengok abang-abang dan kakak-kakak kita kerja siang malam nak cari duit tanggung keluarga. Puak gerombolan tak ada rasa kesian ke tengok rakyat jelata, bila duk melanun hak rakyat sambil duk bagi sama-sama kroni dan proksi.

Jadi aku harap sangat rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selembau dan Batang Ai tolak kerajaan macam gini. Bukan apa, dah tak ada belas kesian agaknya kat hati diorang ni. Harapan aku semoga kerajaan yang melanun hak rakyat ini dapat ditumbangkan dengan bermulanya tiga pilihanraya kecil ini.. Amin.

sumber asal: http://berita-tipu.blogspot.com/

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4141