Kemiskinan dalam mentaliti umat melayu......
Tarikh : Wednesday, April 01 @ 14:12:21 MYT
Topik : Fikir Sejenak


 Assalamualaikum pada 31 hb Mac 2009, yang lalu mas dijemput menghadiri satu taklimat tentang zakat di pejabat daerah Klang. Program itu telah dirasmikan oleh YB Dr.Halimah Ali. Dalam ruang yang terhad ini, mas ingin berkongsi beberapa saranan dan perkara yang disentuh oleh beliau dalam ucapan tersebut.

1. Krisis kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat masa kini, mengakibatkan kesan yang kurang baik kepada institusi keluarga, yang mana akhirnya berlaku kekurangan makanan, pendidikan dan keperluan lain, akhirnya mengakibat pula masalah sosial kepada masyarakat.

2. Masalah umat melayu yang tidak berusaha untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan suka bergantung kepada bantuan daripada orang lain. Ini dapat dibuktikan bilamana nama mereka tidak lagi disenaraikan sebagai penerima zakat, maka mereka akan marah serta sampai ke peringkat mengamuk tidak tentu pasal. Walhal Islam amat menyanjung tinggi golongan pemberi jika dibandingkan dengan golongan penerima.

3. Dibuat kajian kenapa orang Islam mudah menjadi miskin, adakah disebabkan mereka malas bekerja, ataupun kewangan dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah lagi diharamkan oleh syariat.


4. Memberikan penumpuan kepada pendidikan anak anak, agar mereka tidak meneruskan tradisi kemiskinan yang dimiliki oleh keluarga, dengan cara memenafaatkan segalan bantuan pendidikan yang diberikan samada berbentuk kewangan ataupum material yang lain.

5. Akhir sekali pendidikan agama menjadi keutamaan dalam pendidikan anak anak agar mereka memahami bagaimana pandangan Islam terhadap kemiskinan dan juga keutamaan menjadi orang kaya yang beriman.

 Demikianlah intipati yang menarik daripada beliau dalam mengusaha mengatasi kemiskinan di Selangor khususnya. Kesan daripada krisis ekonomi dunia waktu ini, boleh meningkatkan lagi jumlah kemiskinan ketika ini.Kesempatan ini mas ingin mengucapkan tahniah atas kehadiran dan sokongan daripada seluruh ketua kampung dan JKKK yang hadir pada program tersebut. Jika tidak silap mas, kehadiran penuh daripada semua ketua kampung bilamana penyerahan senarai nama penerima bantuan Zakat tersebut dapat diserahkan kesemuanya kepada ketua kampung yang dijemput. Wallahu'alam.


kota raja

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4145