Lawatan Khir Toyo ke Disneyland menelan belanja RM1.8juta
Tarikh : Thursday, April 02 @ 09:15:19 MYT
Topik : Maklumat


 Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bersama keluarganya dan beberapa orang exco kanan membelanjakan hampir RM 1.8 Juta untuk melakukan 2 trip lawatan ke luar negara, lawatan tersebut termasuk perjalanan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland


france paris disneyland 010409

Senarai perbelanjaan termasuk lawatan ke Disneyland Paris dan satu persinggahan empat hari laluan transit di Dubai.

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:

bullet buttonTurut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.

bullet buttonDelegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.

bullet buttonKumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.

bullet buttonPersinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Kesemua perbelanjaan bagi perjalanan itu ditanggug sepenuhnya oleh Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB), ianya didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairiyah Abu Hassan di dalam penyiasatan SELCAT hari ini.

selangor state on selcat inquiry 010409 02

Ketika ditanya oleh Pengerusi Komitee SELCAT, yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Kim, mengenai tujuan lawatan ke Morrocco dan Paris, Khairiyah menjawab lawatan ke Morocco merupakan lawatan sambil belajar (pendedahan) mengenai hasil Senibina negara berkenaan. 

"Kami mahu melihat sendiri Senibina yang memaparkan keagungan Empayar Islam pada masa silam, dan kami mahu ianya diadaptasi di Selangor" kata CEO PSNB itu.


Tiada apa-apa hasil dari lawatan ke Morroco

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai hasil dari lawatan itu, Kahiriyah menambah tiada apa-apa objektif selain hanya "cakap-cakap" sahaja mahu membina bangunan berdasarkan senibina Morroco itu di Selangor

khir toyo zaharah kechik selangor former mb 171208

Penyiaasatan SELCAT juga mendedahkan terdapat penyalahgunaan dalam pembiayaan PSNB untuk tiket penerbangan udara dan penginapan anak-anak Khir Toyo.

Khairiyah apabila ditanya samada terdapat atau tidak di dalam polisi PSNB bagi membiayai anak-anak Lembaga Pengarah bagi lawatan rasmi Perbadanan itu, Khairiyah dengan berat hati menjawab "Tidak" , tetapi tidak menjelaskan lagi dengan lebih detail.

Ketika ditanya mengenai trip ke DisneyLand Paris, Khairiyah berkata lawatan itu merupakan lawatan rasmi atau dipanggil "Lawatan teknikal" untuk belajar konsep "Taman Tema yang terkenal di dunia", kerana PNSB didalam perancangan mahu membina Taman Tema di Sepang gold coast area in Bagan Lalang.

Didalam pendedahan lain, untuk tujuan yang sama, Khir Toyo membelanjakan RM648,841 wang PNSB untuk rombongan pengiring satu perjalanan sembilan hari ke Honolulu, Hawai dan Disneyland di Orlando, Amerika Syarikat dari Disember 23, 2007 hingga 1 Jan, 2008.

khir toyo and entourage overseas trip 010409

daripada jumlah itu sekitar kira-kira RM110,000 telah dibelanjakan untuk penginapan Khir sahaja manakala RM171,000 dibelanjakan untuk 6 bilik tambahan yang salah satunya adalah untuk anak-anak Khir Toyo.

Trip ke Disneyland, menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa Azmn Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa adalah lebih kepada Lawatan percutian keluarga.


Delegasi hanya disambut oleh Pemandu Pelancong

Dokumen juga mendedahkan, tidak ada perbincangan serius antara delegasi yang diketuai Khir Toyo dengan pihak pengurusan Disneyland

"Sebaliknya, delegasi hanya disambut  oleh seorang pemandu pelancongan yang  daripada agensi pelancongan Selangor, iaitu syarikat yang menguruskan semua perjalanan  delegasi rombongan.


"Jika ianya benar2 merupakan Lawatan Teknikal, satu perbincangan serius antara pihak Disneyland dan Delegasi Khir Toyo perlu diadakan, tetapi sebaliknya delegasi rombongan hanya membayar tiket seperti lawatan biasa dan mengakui mereka belajar sesuatu dengan hanya memerhati sekeliling", jelas Azmin.

azmin ali

Azmin juga menyatakan tiada sebab konkrit yang Khir Toyo membuat Trip Lawatan ke Disneyland itu pada bulan Disember sepanjang Cuti Sekolah. 

Khairiyah yang juga salah seorang delegasi rombongan Khir toyo bagaimanapun mempertahankan tindakan bekas Bosnya dan menyatakan yang lawatan itu adalah penting didalam merialisasikan impian PNSB untuk membangunkan Taman Tema di Bagan Lalang.

"Kami, ke sana untuk memeplajari konsep dan membuat perbandingan (dengan Disneyland dari negara2 lain), " beliau menambah, yang perancangan pembangunan taman tema itu yang akan dibina di tanah seluar 20 hektar di Bagan Lalang.

Teng pula mengatakan ianya cukup tidak masuk akal bagi PNSB yang mahu menguruskan Operasi dan Pembangunan jika hanya pergi membuat lawatan melihat Disneyland.

teng chang khim

"Anda membelanjakan banyak duit rakyat, sejumlah RM1.8juta untuk lawatan ke Disneyland di Paris, Orlando, dan Tokyo untuk hanya membina taman tema di tapak seluas 20ekar?" said Teng.

Khir ditemani anak dan isteri mengikuti lawatan disamping Khairiyah diatas kapasitinya sebagai CEO di PNSB. Khairiyah juga mengaku yang dia membawa anaknya didalam trip lawatan tersebut tetapi diatas perbelanjaan sendiri. 

Minggu lepas, Khairiyah juga mendedahkan Isteri Khir Toyo, Zaharah Kecik  merupakan kenalan rapatnya.

Dia menambah bahawa tidak ada jawatankuasa PNSB untuk memperhalusi mana-mana “permintaan" untuk dana PNSB dan bagaimana ianya dibelanjakan. menurutnya, semua permintaan di luluskan oleh lembaga pengarah sendiri.


Report Polis akan dibuat terhadap Isteri Khir Toyo

Siasatan dilakukan bagi mencari sumber lebih RM1juta yang diterima oleh Badan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (BALKIS) daripada Syarikat milik Kerajaan Negeri dan Swasta.

selangor state on selcat inquiry 010409 01

Zaharah merupakan pengerusi badan itu ketika Khir menjadi Menteri Besar.

Sementara itu didalam sidang akhbar, Teng(foto, kanan) menjelaskan pelbagai percanggahan-percanggahan ketara telah ditemui semasa perbicaraan itu dan jawatankuasa itu akan mengadakan satu mesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan tindakan selanjutnya.

“Selain dua saksi yang telah menolak untuk menghadiri pendengaran itu, saya  berpuas hati dengan kerjasama yang ditujukkan oleh saksi lain. Kita akan meneliti dokumen-dokumen diterima dan akan menyediakan satu laporan sebelum sidang berikutnya bagi dewan negeri," katanya.

Bila ditanyakan tentang nasib Khir selepas ini, Teng menyatakan dia mungkin  akan dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan  Dewan Negeri  bagaimanapon dia tidak mahu mengulas tentang apa keputusan jawatankuasa kelak.

selcat members list 010409


Bagi Zaharah, Teng menyatakan isteri Khir telah melakukan satu kesalahan di bawah  Akta Dewan Negeri 2008 kerana tidak menghadiri perbicaraan.

Khir telah menolak bagi mengulas mengenai perkara itu mengatakan yang dia akan mengarahkan peguamnya untuk menangani perkara itu.

Perbicaraan awam itu merupakan yang pertama kali diadakan oleh Dewan Undangan Negeri di negara ini, ianya bermula sejak 23 Mac 2009.


http://www.anwaribrahimclub.com/




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4160