Kesaksian mengundi
Tarikh : Thursday, April 02 @ 10:40:26 MYT
Topik : Tazkirah


MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN

 Pandangan Sheikh Yusof al-Qardawi Mengenai Undi

Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.

Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud,

"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah."

Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,

"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."

"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya." (al-Baqarah: 283)

[Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul "Fiqh Daulah"]

Amat jelas disini agar kita benar benar memahami akan tiap sesuatu yang bakal akan kita lakukan itu,jika tidak ia akan memberikan kesan dan natijah yang cukup besar pada kehidupan hari akhirat.Andainya parti yang akan kita undi itu didalam nya telah penuh dengan noda rasuah dan salah guna kuasa dan juga penyelewangan serta sememang nya parti itu jauh dari ingin mengikut pertunjuk Allah dalam urusan negara,maka adalah amat dilarang bagi kita untuk mengundinya.Apa pun ini semua terserah pada pilihan kita masing masing.Semuga kita tergerak untuk tetap memilih parti yang lebih dekat pada pertunjuk Allah.



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4163