Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang?
Tarikh : Thursday, April 02 @ 10:44:53 MYT
Topik : Komentar


 Merujuk kepada berita di bawah, saya ingin cadangkan pada ADUN sepetang, utk scan surat arahan tambahan dari Balai Polis tersebut dan serahkan kpd Malaysiakini, Tranungkite Utaraonline dan blog2 YB di Internet.

Berita tersebut di dapati dpd.
http://www.malaysiakini.com/news/101339

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang
Mar 31, 09 12:33pm

Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.


Dihubungi Malaysiakini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

Pilihanraya kecil ini dianggap "pungutan suara" terhdap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dalam menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.




Tetapi, jika senarai larangan tambahan tu, takde letterhead atau sebarang tandatangan daripada pihak balai polis, atau sebarang penunjuk yang menunjukkan bahawa senarai itu adalah arahan rasmi dari pihak polis, maka ADUN sepetang tu boleh lah sebut Altantuya ataupun isu rampasan kuasa di Perak bila2 masa pun. Sebabnya, kalau takde arahan rasmi dari Polis, maka pihak PDRM takde kuasa utk dakwa.

Tapi kalau ada arahan rasmi PR tetap untung, sebab blh scan dan paparkan di Internet. Secara tidak langsung menunjukkan kebobrokan polis dan pemimpin BN sendiri. Kalau pun senarai tersebut di kira di bawah Akta Rahsia Rasmi sekalipun, dan katalah senarai tersebut telah di siarkan di Internet BN tak blh halang semua website di dunia ni dari memaparkan senarai tersebut. Akhirnya, BN tak blh buat menghalang pengaruh rakyat gak.

Nota: saya bukan penyokong atau ahli PKR, tapi kita di bawah PR, kenalah bantu mana2 yg sokong PR.


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4164