MPT: KeADILan Tidak Akan Lindungi dan menyokong mana-mana pemimpinnya
Tarikh : Thursday, April 02 @ 11:00:14 MYT
Topik : Kenyataan Media


Oleh Hijat Panjang

keADILan tidak akan melindungi dan menyokong mana-mana pemimpinnya yang terbabit dengan gejala rasuah dan penyelewengan terhadap rakyat. Ini selari dengan prinsip parti itu.

"Pendirian saya, mana-mana pemimpin keADILan didapati terbabit dalam rasuah dan penyelewengan akan ditentang habis-habisan kerana pemimpin ini akan memusnahkan harapan rakyat terhadap keADILan."

Demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan (MPT) Badrul Hisham Shaharin @ Che'gu Bard yang mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berhubung siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Menurut Badrul, selaku generasi muda dalam pimpinan keADILan, tindakan diambil SPRM itu adalah wajar bagi memastikan Fairus bebas daripada segala tuduhan dan tohmahan.

"Siasatan perlu dijalankan SPRM bagi membuktikan kesahihan dakwaan rasuah terhadapnya. Kita yakin siasatan ini akan menepis tanggapan negatif rakyat terhadap beliau," jelasnya kepada Sinar Harian, semalam.

"Kejujuran dan ketelusan dalam siasatan amat diharapkan dan jika terbukti Fairus terbabit dengan semua dakwaan, tindakan lanjut perlu diambil," ujarnya.

- sumber : Alahai...FAIRUS

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4171