Tunda Peralihan Kuasa PM: Jumaat yang tiada 'barakah' bagi Najib?
Tarikh : Thursday, April 02 @ 19:26:43 MYT
Topik : Artikel Pilihan


 Tepat jam 1.00 Tengahari tadi, satu berita daripada sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa Ke Bawah DYMM SPB YDP Agung telah MEMBATALKAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH NAJIB sebagai PM yang dijadualkan diadakan pada hari esok, Jumaat, 3hb April 2009...

Jika benarlah berita tersebut, maka tidak tepatlah rencana Ketua Pengarang sebuah akhbar arus perdana menguar-warkan JUMAAT YANG BARAKAH buat Najib Razak kerana akan dilantik sebagai PM ke-6!!!

Memanglah hari Jumaat adalah penghulu segala hari, tapi ianya tidaklah membawa 'barakah' kepada semua manusia, apatah lagi manusia yang lemah seperti Najib Razak...

Memang wajar sekali perlantikan Najib ditangguhkan. Penangguhan ini ada kewajarannya memandangkan bakal PM tersebut terdedah dengan 1001 masalah dan pelbagai skandal peribadinya, yang semua rakyat Malaysia bahkan negara luar juga tahu!

KEPADA NAJIB, PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK PENANGGUHAN TERSEBUT!

Bersama-samalah kita berdoa ke hadrat Illahi, Amin ya Rabbal aalamin...



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4188