Terdesak dan.... mendesak!
Tarikh : Thursday, April 02 @ 19:45:24 MYT
Topik : Komentar


 Assalamualaikum, terdesak dan........... mendesak! begitulah apa yang mas boleh bayangkan bila melihat beberapa kempen BN dalam PRK ketika ini.

Ini berdasarkan beberapa tindakan dan larangan yang dikeluarkan ketika kempen masa kini. Bermula dengan pengantungan 2 suara rasmi PR, kemudian selepas penamaan calun berlaku pula tindakan melarang ceramah/kempen terbuka diadakan.

 Dalam satu lapuran berita di TV1, amat jangkal bila larangan pengantungan bendera pada kenderaan dikuatkuasakan pula, bukanlah kita hendak menentang undang undang, tetapi kenapa bila pilihanraya saja undang undang begini dikuatkuasakan, alasan mereka berikan bahwa ianya berkaitan dengan keselamatan, tetapi sebelum ini kita pernah melihat bagaimana program kibarkan bendera kenderaan dijalankan, kenapa ketika itu, tidak dinyatakan bahwa ianya satu kesalahan disegi undang undang jalanraya, apakah keselamatan itu pada pandangan mereka boleh diabaikan disatu sudut, dan boleh laksanakan satu sudut pula.

Dalam berita TV1 itu juga, satu lagi perkara pelik yang berlaku ketika kempen PRK di Bukit Gantang, bagaimana mereka menayangkan satu kekecohan berlaku bilamana petugas petugas BN telah dihalang oleh petugas PAS untuk memasang bendera di kawasan PAS, timbul persoalan, bagaimana boleh ada crew TV dikawasan tersebut, walhal tiada seorang pun pemimpin BN yang melakukan kempen ketika itu, seolah olah ianya memang dirancangkan agar kekecohan itu dirakamkan oleh crew TV untuk dipertontonkan kepada rakyat.

Kita memberikan peringatan kepada mereka, segala tektik kotor dan jahat mereka, tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah dan tidak terlepas daripada catatan malaikat Allah, dan mereka bakal dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Begitu mereka telah mengunakan kempen media masa khususnya TV yang telah mengujudkan siaran langsung meliputi ketiga tiga kawasan PRK tersebut, dengan memanggil beberapa orang untuk ditemuramah yang memihak kepada mereka. Pada masa yang sama, mengongkong PR untuk melakukan kempen yang kebiasaanya kita lakukan.

Sekali lagi kita ingatkan kepada mereka, kita berjuang untuk mencapai kemenangan dengan cara yang dibenarkan undang undang dan menepati pula kehendak syara', sedangkan mereka berjuang untuk menentukan kemenangan dengan apa cara sekali pun, samada cara itu betul ataupun salah.

Akhir sekali, mas melihat satu kes yang disiarkan oleh TV dalam slot berita, samada mereka terlepas siaran ataupun memang sengaja nak disiarkan, wallahu'alam, dimana ketika calun BN Bkt Selambau sedang berkempen disatu kedai, calun BN tersebut tidak disambut salamnya oleh seorang penduduk yang sedang minum dikedai, apakah ini dia calun yang disenangi oleh penduduk seperti yang mereka gembar gemburkan di TV.

Begitu juga jawapan yang diberikan oleh seorang penduduk bahwa tiada pembangunan dilihat semenjak PR memerintah, apakah pemerintah sebelum ini yang telah memerintah selama 50 tahun tidak langsung memberikan pembangunan sehinggakan mereka meletakkan kesemuanya di bahu pemerintah PR, kenapa mereka tidak mengeluh dan merungut ketika dibawah pemerintah BN dulu.

Diharapkan kepada mereka mereka yang ditemubual itu, berfikir dulu sebelum memberikan sebarang komen dan jawapan atas setiap persoalan yang diajukan, agar tidak menampakan kelemahan dan kesilapan mereka kepada penonton yang menontonnya. Harapan kita seterusnya, agar kemenangan kepada pakatan rakyat di kesemua PRK yang akan diadakan pada 7 hb kelak. Kemenangan itu akan memberikan kesan yang mendalam kepada pimpinan baru dalam BN, yang baru saja selesai memilih kepimpinan baru mereka didalam setiap parti kompenen yang menerajui BN masa kini.

Sekiranya kemenangan 3-0 ini diperolehi, ia akan melengkapkan lagi kemenangan 2-0 yang diperolehi sebelum ini. Jika dinisbahkan dalam permainan bolasepak, kekelahan 5-0 ini dikira amat memalukan , apatah lagi membariskan pemain pemaian (pemimpim pemimpim) yang hebat. Moga moga kita dapat meneruskan kemenangan rakyat dimana  saja PRK akan berlaku.Dari rakyat untuk rakyat, rakyat hakim negara. Wallahu'alam.

kota raja

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4196