Aceh: Amaran Kekacauan, Sudah 10 Calon Pilihan Raya Di Culik?
Tarikh : Friday, April 03 @ 11:48:50 MYT
Topik : Berita Luar Negara



Ibnu Hasyim Catatan Santai
PEMILU Indonesia & 6 Hari Lagi…

GOMBAK April2, 2009. Menurut berita tidak resmi malam tadi, dari seorang yang ada hubungan dengan Partai Aceh (PA), di Aceh memberitahu saya, bahawa Pemilu di Aceh mula menampakkan tanda-tanda akan berlaku kekacauan. Setakat ini bertambah lagi 3 caleg atau calon wakil rakyat dari PA yang hilang tidak ditemui, menjadikan jumlah 10 semuanya.

Gambar:Atas Hasan Tiro. Bawah, 1 April 2009, 10:04 Di Nagan Raya Caleg PDIP Bagikan wang untuk Warga

“Siapa punya angkara?” Saya Tanya.

 

“Tidak lain dari TNI (Tentera Nasional Indonesia) yang mahu menyekat kemaraan PA!” Jawabnya.

 

Walaupun begitu, berita dari sumber lain menyebutkan, ianya angkara dari orang-orang lama GAM (Gerakan Aceh Merdeka) yang tidak puas hati dengan perlantikan Caleg dari muka-muka baru yang tidak pernah turut berjuang dan berperang menuntut keadilan di Aceh sebelumnya.

Hanya sekian maklumat dari catatan santai kali ini.


 

Ibnu Hasyim
(e-mail:
[email protected])
KL. April 3, 2009


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4223