Berita Sedih: Najib Jadi PM Ke 6
Tarikh : Friday, April 03 @ 20:50:33 MYT
Topik : Coretan @ Luahan


 Baru terbaca berita di pemudabesut.blogspot .com yang menyatakan ‘Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan’.

Gembira juga kalau ia benar-benar berlaku namun takdir Allah mendahului perancangan dan usaha manusia.

Walaupun pelbagai usaha dibuat untuk menghindar Najib jadi PM termasuk usaha terakhir, Pakatan Rakyat memohon limpah restu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan pelantikan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.


Namun apakan daya, dalam sebuah negara ‘Malaysia Boleh’ ini, segala yang buruk boleh diangkat menjadi pemimpin. Manakala yang baik pula ditindas dan dianiaya.


Berita terbaru yang dilaporkan Utusan Online dan Berita Harian Online bahawa Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke 6 begitu menghibakan.


Cukuplah kalamullah dari ayat 216 Surah al-Baqarah ini menjadi penawar bagi kita,

“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. “


Allah jua yang Maha Mengetahui segala perkara yang akan berlaku dan rahsia yang tersirat.


Lagikan Firaun yang mengaku tuhan itu, Allah izinkan dia berkuasa di Bumi Mesir. Namun kuasa Firaun tidak lebih dari istidraj bagi hamba yang takabbur sepertinya. Akhirnya, kuasa Firaun tenggelam bersama jasad Firaun dalam belahan laut mukjizat Nabi Musa.


Allah mengingatkan kita dalam Surah al-Anbiya’ ayat 35,

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”


Biarkan Najib dengan amalannya. Moga di penghujung hayatnya, dia masih sudi dan mahu kembali kepada Tuhan.



Manakala kita tetap akan terus menolong menyekat Najib dan para sekutunya dari menzalimi rakyat marhaen.


Kita lakukan itu semua kerana menunaikan amanat Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi,

انصر أخاك ظالما أو مظلوما
Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi.”


Hadis direkod Imam Bukhari.



Moga cebisan hidup kita yang tersisa ini mendapat rahmat dan keampunan dari Allah.


Tahniahlah Najib! Impianmu tercapai jua walau ia sangat menyedihkan kami, pendokong Pakatan Rakyat. Hu..hu..hu..



Ummu Abbas
7 Rabiul Akhir 1430H
1.06pm
http://keranacinta.wordpress.com/



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4229