Berundur atau lari dari tanggungjawab.
Tarikh : Saturday, April 04 @ 07:22:26 MYT
Topik : Coretan @ Luahan


 Sekadar bertanya, bagaimana mungkin seorang yang telah menjadi penyumbang terbesar kepada masalah negara bisa mendapat gelaran Tun. Adakah nilai gelaran Tun sudah menjadi kurang bermutu. Bukan cemburu tetapi meluat.

Mengimbas kembali kenangan bersama penerima gelaran Tun hari ini setelah upacara angkat sampah oleh Memanda Menteri baru, Najib Tun Razak. Amat tragis. Datangnya dengan pelbagai janji-janji manis berupa Islam rekaannya, pelbagai koridor dan sejumlah peruntukan yang teramat besar nilainya, berakhir dengan retorik semata-mata. Masih layak bergelar Tun?

Masalah yang ditimbulkan semakin merebak, penuh luka dan kudis dan hampir menenggelamkan [email protected] akhirnya ditinggalkan begitu sahaja kepada seorang yang lebih bermasalah. Sudahlah dirinya sendiri bermasalah, ingin pula menyelesaikan masalah negara.


Kecewanya kami. Kami rakyat  sentiasa mendoakan Pak Lah agar berubah dan menyelesaikan masalah yang ditimbulkannya sebelum berundur. Namun atas sikap tidak bertanggungjawab maka langkah seorang pengecut telah diambil. Berundur atau lari dari tanggungjawab.

Bagaimanapun perkara telah berlaku, Najib telah dilantik menjadi PM sedangkan kes yang melibatkannya belum habis dibicara. Apa yang mampu dikatakan, hanya doa yang dapat kami pohonkan. Semoga Najib diberikan hidayah agar dapat membuat perubahan yang drastik, membersihkan namanya dengan membuat sebaik mungkin pemulihan ke atas masalah negara.

Mendengar ura-ura akan berlaku penstukturan semula kepada barisan jemaah menteri yang diperkecilkan bilangan agar menjadi lebih energetik dari kalangan pemimpin muda. Semoga berlaku sedikit perubahan ke arah keberkesanan pentadbiran.

Saya mendoakan agar beberapa nama tidak dilantik sebagai menteri, jika dilantik pun, akan menambahkan huru-hara dalam [email protected] Mereka adalah Khairy Jamaludin yang akan menambahkan marah rakyat kepada [email protected] Trend perlu ditukar, tidak semestinya Ketua Pemuda memegang jawatan menteri. Rasanya barisan pemuda yang baru ini pun, memang seorang pun tak layak bergelar menteri. Ketuanya pun terbukti perasuah. Terlepas sebab ahli [email protected]?

Hishamudin Keris juga tidak layak bergelar menteri. Seingat saya selepas dia dilantik menjadi Menteri Pendidikan kemudian Pelajaran, sistem pendidikan di Malaysia terus menjunam. Banyak masalah sosial dikalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Banyak undang-undang baru dibuat yang semakin menyusahkan golongan pendidik, tetapi agak pelik pula apabila tiba-tiba dia beria sangat mahu golongan pendidik Kumpulan A dibenarkan berpolitik. Kenapa tidak semua sekali? Senang nak cucuk hidung ke? Pendidikan adalah amat penting bagi mencorak generasi akan datang.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pun patut ditukar. Shaziman ni agak memalukan golongan muda yang dianggap energetik. Tak habis-habis dengan kerja mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau nak sabotaj pun jangan sampai heboh dalam media. Bukankah itu akan memburukkan iemj [email protected] yang telah sedia buruk. Lagi meloya rakyat dengan [email protected] terutama rakyat Selangor.

Seorang lagi yang tak patut dapat jawatan menteri ialah Sharizat, pelik juga bagaimana Pak Lah beria nak lantik juga Shahrizat walau kalah dalam pilihanraya di kawasannya. Kemenangan dalam pemilihan wanita adalah kerana rasa meluat wanita UMNO terhadap Rafidah, tak lebih dari itu.

Buatlah satu kajiselidik di setiap kementerian secara sulit terlebih dahulu sebelum nak lantik menteri. Ini main letak sahaja, janji boleh dengar cakap. Boleh bekerja atau tidak perkara terkemudian. Jadikan era Pak Lah sebagai satu pengajaran. Bagaimana teruknya susunan barisan kabinetnya. Ibarat kabinet dapur yang tidak kemas cara susunannya, bagaimana dapat bekerja dengan selesa. Bagaimana “delivery system” dapat berjaya.

Tak nak terima Najib jadi PM pun, dah dilantik. DYMM Yang Dipertuan Agong pun kalau tak berkenan pun, kena senyap sahaja, sebab bukan bidang kuasa baginda. Membuktikan kes di Perak, Sultan Azlan pun tak ada kuasa, baginda senyap sahaja, [email protected] yang lebih-lebih. Lebih sudu dari kuah.

Apa nak buat, inikan Malaysia. Kita tak suka, orang lain suka. Masalahnya yang suka tu tahu sebenarnya dia tak suka. Dia hanya suka apa yang dia suka. Jadi yang dia tak suka tu dia buat-buat suka walaupun dia tahu orang lain tak suka cara dia itu. Suka hati engkaulah labu!

Semoga kemenangan di tiga kawasan PRK akan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan menjadi bukti bahawa [email protected] sememangnya ditolak oleh rakyat walau bertukar jawatan Memanda Menteri di tangan siapa pun dari kelompok [email protected] Walau Muhyidin bermati-mati mengatakan PRK kali ini bukan penanda aras bagi penerimaan rakyat kepada [email protected] tetapi itulah hakikat sebenarnya.

“Kita merancang, Allah merancang dan perancangan Allah itu lagi sempurna”.



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4239