Mungkinkah TKO di DDoS lagi?
Tarikh : Saturday, April 04 @ 14:30:00 MYT
Topik : Komentar


Masih ingatkah lagi? Suatu masa dulu, TKO telah di DDoS attack 500Mbps menyebabkan operasinya lumpuh untuk beberapa hari. Ironinya, ketika itu sedang rancak aktiviti berkempen untuk PRK (P36) Kuala Terengganu. Saatnya menjelang hari pengundian, TKO masih gagal dipulihkan sehinggakan terpaksa beroperasi di blogspot.

Mungkinkah sekali lagi, di mana ketika kini sudah hampir menjelangnya PRK di tiga lokasi iaitu P59 Bukit Gantang, N29 Batang Ai, dan N25 Bukit Selambau, tragedi yang sama bakal berulang kembali? Dan jika ianya berulang kembali, adakah server TKO 'immune' dari serangan DDoS atau sekurang-kurangnya tidak lumpuh dengan sepenuhnya?

Sebelum ini perkara sebegini telah mendatangkan masalah kepada team IT TKO lebih-lebih lagi apabila menjelangnya pilihanraya. Perkara sebegini semestinya memberikan satu cabaran kepada mereka untuk memikirkan tentang cara mengatasinya dari segi peningkatan tahap keselamatan server dengan lebih serius ke tahap yang lebih mantap bagi memastikan TKO tidak mengalami sebarang masalah pengoperasian atau setidak-tidaknya persediaan tersebut telah diambil untuk mengurangkan risiko jenayah siber daripada berulang kembali.

Sebelum ini juga laman TKO pernah diklonkan bagi mengelirukan pengguna internet.


Kini, sudah 10 tahun TKO beroperasi. TKO kini versi 8 dan masih bertahan hingga ke hari ini. Ianya tetap diminati ramai dan berpengaruh besar. Jika tidak, masakan TKO telah menjadi tumpuan hackers sebelum ini? Dan tidak hairanlah juga mengapa individu-individu yang pro be end pun suka melepak di TKO.

Insya-Allah kita sudah bersedia dengan anti-DDos - TP

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4261