UMNO dipenghujung jalan
Tarikh : Monday, April 06 @ 19:39:03 MYT
Topik : Pendapat


 Kemasukan semula Tun M kedalam UMNO sangat-sangat dialu-alukan oleh pendokong-pendokong UMNO yang masih menyokong beliau dan kita sebagai pendokong perjuangan  PAS pun sewajarnya turut sama mengalu-alukan beliau menyertai semula UMNO. Mengapa pula kita mengalu-alukan beliau menyertai semula UMNO?

 Sejarah telah membuktikan apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan PM, beliau telah menghentam UMNO dengan begitu hebat sekali dan yang terakhir beliau berpendapat jenerasi muda UMNO telah menerima/menghalalkan rasuah sebagai budaya mereka.

Pemuda UMNO yang kini diterajui oleh Khairi pastinya tidak berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tun M. Kemasukan Tun M juga boleh dianggap sebagai usaha beliau untuk mengenengahkan anak beliau Datok Mukhriz sebagai peneraju UMNO untuk masa depan walaupun telah tewas dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Situasi ini akan memperluaskan lagi keretakan dalam pemuda UMNO kepada 3 puak:

Puak Khairi Jamaluddin, Puak Mohd Khair Toyo dan Puak Mukhriz Mahathir. Dengan itu DS Najib sebenarnya berdepan dengan masalah yang sangat besar untuk menyatukan semula UMNO. Tindakan-tindakan Tun M dimasa-masa akan datang dijangka akan terus menggoncangkan Pemuda UMNO yang sedia retak. Akhirnya UMNO akan punah. Inilah yang dibayangkan oleh bekas Presiden PAS Allahyarham Dato’ Fadzil Noor dimana beliau merasakan Tun M akan melihat sendiri kehancuran UMNO hasil dari tangannya sendiri. Kita lihat dikebelakangan ini;

Mana Pemuda UMNO dibawah pimpinan Khairi dalam kempen-kempen pilihan raya kecil ini? Tidak terdengar lolongan Khairi dalam media elektronik atau yang dilaporkan oleh media cetak kelantangan Khairi? Adakah Khairi bercuti? Sebab itu secara peribadi Teman mengalu-alukan Tun M menyertai semula UMNO dan akhirnya melihat sendiri kehancuran UMNO. Itulah balasan yang sewajarnya kepada orang yang menghina Rasulullah saw, mengambil sebahagian dari al-quran dan menolak sebahagian yang lain, menyekat pembangunan sekolah-sekolah agama rakyat, tulisan jawi dan seumpamanya.

”Surat Dajjal dari Kapar” adalah menifestasi pendirian Tun M terhadap Islam dan wajar sekali beliau melihat kesan dari pentadbiran beliau sebelum ini.


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4275