Harapan Baru Kepada Kepimpinan Baru, Jangan diturut budaya Kambing
Tarikh : Monday, April 06 @ 19:47:58 MYT
Topik : Analisis Isu


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi –tinggi tahniah kepada Dato Seri Najib Tun Razak  atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Sesungguhnya biarpun terlalu banyak konspirasi teori yang di hujankan keatas beliau , syukur ke hadrat ilahi proses pertukaran pemimpin no 1 negara itu berjalan dengan lancar.

Kepada Tun Abdullah , kehebatanmu tetap tak hilang. Membawa kembali harapan rakyat dalam memperkasakan bangsa. Jasamu di dalam negara dan di arena antarabangsa tetap menjadi sanjungan para sarjana. 

  Sehubungan dengan itu, dapatkah kita meneliti bahawa proses pertukaran pemimpin ini berlaku dengan agak pantas.?  Iaitu dalam masa kurang daripada tiga hari selepas perlantikan Pewarisnya di dalam UMNO, maka jawatan no 1 ini terus di serahkan kepada beliau. Ada sesetengah penganalisis politik berpendapat, cepatnya proses pertukaran pemimpin ini adalah antara strategi penting yang akan member satu momentum baru kepada ketiga-tiga pilihanraya kecil yang akan berlangsung serentak pada 7 April ini.

Kerana menurut sejarah pilinhanraya politik Malaysia sekiranya berlaku sahaja pertukaran pemimpin No. 1 negara,rakyat akan memberikan mandat yang besar kepada kerajaan. Sebagai contoh pada tahun 1982 kerajaan mendapat mandat lebih 2/3 semasa Perlantikan Tun Dr.Mahathir dan juga kemenangan besar pada tahun 2004 semasa perlantikan Tun Abdullah .

Jadi adalah sesuatu yang tidak mustahil perkara demikian akan berulang lagi di Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Jika inilah strateginya, ia adalah satu strategi yang bijak yang dilakasanakan oleh Jentera UMNO dan memerlukan satu pengorbanan yang besar untuk melaksanakanya.

Adalah besar harapan rakyat Malaysia melihat politik negara menjadi stabil dan berdemokrasi tulen.

Pengumuman PM yang baru mengenai pembebasan 13 orang tahanan ISA dan penarikan kembali tahanan permit 2 akhbar itu adalah salah satu langkah yang optimis dalam mematikan hujah pihak tertentu di dalam berkempen pada pilihanraya kecil yang akan datang. Ia adalah langkah positif yang harus direstui oleh seluruh rakyat tanpa mengira aliran kiri atau kanan.

Walaubagaimanapun , ada sesetengah pihak belum pun beberapa jam langkah positif itu dibuat sudah ada kritikan negative dengan mengatakan tindakan tersebut adalah satu penipuan dan menggesa supaya tidak mempercayainya. Pesimisnya satu pihak terhadap pihak yang lain di dalam politik adalah sesuatu yang wajar di kurangkan. Kita tidak harus melabelkan segala tindakan lawan adalah sentiasa kurang  baik dan begitu juga sebaliknya.

Menurut Chep Bellet (1998) memperkenalkan satu konsep iaitu konsep Scape Goating atau jika di terjemahkan sebagai “Kambing Hias”  .Beliau mengatakan manusia seringkali melakukan provokasi dan mungkin juga satu tindakan keganasan adalah kerana satu sikap yang di namakan “Scape Goating” yang membiak di dalam diri.

Sikap ini sebenarnya meletakkan orang lain sebagai orang yang bersalah secara total dan tanpa melihat kepada diri sendiri. Scape Goating adalah sikap di mana individu tersebut memindah segala kesalahan dalam apa-apa  perkara yang berlaku biarpun perkara tersebut pada hakikatnya adalah membawa kepada kebaikan kepada diri dan orang lain.

Sesugguhnya Scape Goating adalah satu sikap yang berbahaya dan harus dikikis di dalam pemikiran masyarakat.Sikap scape Goating ini pertama kali di temuai pada sebuah kaum asli yang bernama Ottawa yang di tinggal di Amerika. Mereka mengamalkan satu agama berunsur alam dengan meletakkan bumi sebagai tuhan.

Cara masyarakat Ottawa melakukan pembersihan dosa adalah dengan cara mengali lubang di satu kawasan dan mereka akan menjerit dan meluahkan segala perasaan dan dosa-dosa yang dilakukan kedalam lubang tersebut. Setelah selesai upacara luahan dosa, mereka akan menutp kembali lubang tersebut dengan menganggap bahawa semua dosa – dosa mereka telah dikambus di telan bumi.

Begitu juga dengan masyarakat kini yang mengambil jalan mudah menjadikan budaya Masyarakat Asli Ottawa ini sebagai pegangan hidup untuk membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan dan menjadikan diri baik pada pandangan orang lain. Janganlah kita menjadi masyarakat asli ini kerana kita mempunyai pegangan agama dan budaya yang cukup elok. Cara terbaik adalah, jika mahu berpolitik sekalipun , sokong yang baik, betulkan mana yang tidak agar kemurnian proses “check and Balance” terus terpelihara.

http://defencestrategist.blogspot.com/

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4280