Isu "Mee Segera"?????
Tarikh : Monday, April 06 @ 19:50:24 MYT
Topik : Analisis Isu


Antara Mee Segera Bukit Gantang Dan Tosei Segera Bukit Selambau...(Sumber : PKR Gerik, Thursday, April 2, 2009)

 Dulu Najib kata tiada projek mee segera menjelang pilihanraya. Ramai yang tak percaya dengan kata-kata Najib. Mereka kata mana boleh UMNO/BN lari dari imej mee segeranya menjelang pilihanraya? Tapi ahli-ahli UMNO yang taksub dengan Najib kata, Najib dah berubah, dia bukan kaki kelentong macam dulu lagi, dia bukan Najib zaman berpoya-poya di Port Dickson itu lagi, Najib tak kan bohong punya, dia kata tak ada mee segera tak adalah!

Dan sekarang kita boleh tengok sendiri mee segera ini adakah atau tidak. Pergilah ke Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, telitilah jalannya, telitilah jambatannya, telitilah bantuan sana bantuan sininya, telitilah dan kiralah sendiri berapa agensi Kerajaan yang turun padang bawa mee segera, tengok dan hitunglah sendiri!!

Dan kelmarin bungkusan mee segera diagihkan lagi khususnya untuk pengundi India Bukit Selmbau apabila Najib sendiri mengisytiharkan bantuan kepada seluruh Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh Malaysia di Putrajaya. Yang seronoknya Najib yang terperangkap dengan soalan wartawan menyatakan ia bukan projek mee segera kerana bantuann itu telah lama dirancang, kononnya! Tapi ikut suka hanglah Najib, tak mau mengaku mee segera pun tak apa, memandangkan ia khusus untuk masyarakat India kita boleh panggil tosei segera! Tapi apa bezanya tosei segera dan mee segera, segera juga kan?

Dan di bawah ini pula adalah antara gambar hidangan mee segera yang dihidangkan di Trong di bawah Parlimen Bukit Gantang. Memandangkan mee segera ini dimasak di Trong, kita panggil ia 'mee segera terung'. Kalau makan mee segera + terung apa rasanya? Nak tau apa rasanya boleh tanya Najib!


MEE SEGERA TERUNG DI TRONG SEDANG DIMASAK!!!

Inilah antara buktinya..



Dulunya brojek jambatan di Trong ini terbengkalai, tapi bila tiba pilihanraya ianya mulai diteruskan..Apakah ini bukan projek mee segera? 



Projek mengetar jalan ada di mana-mana.. Apakah ini bukan rasuah dan bukan projek mee segera namanya?




Semasa Najib datang ke Trong baru-baru ini, projek ini dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan yang sedang menjalankan kerja-kerja menyiapkan jambatan. Bila Najib balik, kenderaan-kenderaan tersebut pun ikut balik. Rupanya mee segera pun boleh ghaib macam Altantuya juga!

(Gambar-gambar ihsan Muslemeen United)

Amacam?Kata2 makan Tuan balik..apa yang dia kata dia buat....dasar "mee segera!!!!




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4281