FFM di Sabah; Manfaat atau Laknat?
Tarikh : Tuesday, April 07 @ 09:28:20 MYT
Topik : Analisis Isu


 Masih ramai yang belum mengetahui bahawa bulan Ogos ini, tanggal 5-8 haribulan, Sabah dan UMS akan menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Malaysia yang ke-22.

Secara spontan, saya tentu sahaja membantah penganjuran festival tersebut, lebih-lebih lagi jika ia diadakan di kampus UMS tercinta. Walaubagaimanapun, sebagai mahasiswa yang dilatih berfikir, saya memilih alternatif membuat kajian berhubung isu ini guna mengambil kira pandangan semua pihak.

Hasil daripada kajian ini akan saya gunakan untuk membawa isu ini menguasai segenap ruang media massa, agensi badan bukan kerajaan, badan politik dan semua saluran yang ada untuk membawa suara yang telah diresolusikan bersama. Justeru, yang saya harapkan dari pihak pembaca ialah respon dan pandangan berhubung penganjuran festival ini di Sabah dan UMS, bagi membantu kajian saya. Sokongan anda diharapkan, dan didahului dengan lafaz terima kasih.

p/s : Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung FFM, layari [link]

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4287