Khairy Di Aibkan!!
Tarikh : Friday, April 10 @ 21:07:44 MYT
Topik : Artikel Pendek


 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet pertamanya petang semalam. Kecuali Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, 2 lagi ketua sayap utama dalam parti itu dilantik menganggotai jemaah menteri. Pencabar Khairy dalam pemilihan pergerakan itu bulan lalu, Mukhriz Mahathir bagaimanapun tersenarai sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai timbalan belia dan sukan..

Seperti dispekulasikan lebih awal, keputusan Najib hari ini mencipta sejarah tersendiri dan berpotensi mencetuskan kontroversi kerana selama ini Ketua pergerakan Pemuda umumnya dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pelajaran. Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah tidak melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini menteri pertahanan apabila ahli parlimen Bagan Datoh itu menang ketua Pemuda Umno pada 1996.

Kabinet baru Najib tidak menunjukkan sebarang muka baru dalam ertikata sebenar-benarnya. Orang-orangnya tetap orang lama dalam politik. Tidak ada satu nama yang membuat kita tertanya ‘wah siapakah dia tu’ dan bila kita mendapat jawapannya kita rasa teruja dengan latar belakangnya. Bahkan, Najib telah melepaskan peluang untuk membawa nafas baru ke dalam kabinet apabila akur dengan desakan-desakan luar dan dalam. Najib mengorbankan Khairy Jamaluddin , satu-satunya penjawat jawatan di dalam UMNO yang mempunyai laluan yang paling teruja ke menara politik.

Kalau dikatakan Khairy jahat, rasanya ada yang tersenarai dalam kabinet Najib lebih jahat kerana menderhaka dan menghina bekas Presiden UMNO. Setidak-tidaknya Khairy tidak pernah bertindak memukul seseorang sehingga lekuk kepalanya seperti Menteri yang terus dikekalkan oleh Najib. Khairy memang tidak popular, tetapi dia lebih berakal berbanding hampir keseluruhan pilihan Najib. Kalau mahu melantik penipu, penjenayah atau pun Menteri, biarlah yang berakal. Kali ini Khairy betul-betul dimalukan dan diaibkan oleh Najib. Apakah respon Khairy selepas ini? Adakah Khairy akan memecahkan "tembelang" Najib? Yang pastinya kejutan demi kejutan akan berlaku selepas ini. Sama-samalah kita tunggu.....

http://addin77.blogspot.com



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4294