Mahathir dan UMNO sudah tidak relevan
Tarikh : Saturday, April 11 @ 10:47:20 MYT
Topik : Coretan @ Luahan


 Pilihanraya pada kali ini adalah amat sengit, dalam keadaan 'mood' rakyat yang masih marahkan kerajaan Barisan Nasional atas prestasinya yang agak teruk sejak akhir-akhir ini. Pilihanraya yang diadakan ketika peralihankuasa dari pimpinan Abdullah kepada Najib  dan kemasukan semula mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Mahathir dianggarkan dapat memberi impak kepada kemenangan besar semua calon BN. Impak itu dijangka seperti ketika Abdullah mula-mula menjadi PM pada pilihanraya 2004 suatu ketika dahulu.


Maklumat awal yang saya terima masih memihak kepada Pakatan Rakyat, namun setelah peralihan kuasa Abdullah-Najib dan ucapan penuh retorik Mahathir yang diadakan secara siaran langsung menyebabkan sedikit perubahan berlaku pada minda pengundi dan amat menggusarkan penyokong Pakatan Rakyat di seluruh tanah air. Maklumat yang saya terima petang kelmarin mengenai situasi Najib yang agak tidak keruan dan mendesak komponen dan jentera BN agar menang dengan apa cara sekalipun menambah lagi kerisauan.

Ditambah dengan pengakuan seorang ADUN BN Perak, Norli Mohd Radzi yang secara spontan terlanjur mengatakan bahawa mereka sedang (merasuah) mengedarkan basikal dan sumbangan kepada pengundi pada saat akhir apabila ditanya oleh pengacara Astro Awani Kamarul Bahrin mengenai strategi akhir [email protected] pada pilihanraya Bukit Gantang.

Kalah menang adat pertandingan. PR memang banyak pengalaman kalah, jadi perkara biasalah. Tetapi kali ini agak berlainan. Kekalahan PR kali ini mungkin akan dicanang oleh BN bahawa rakyat menerima kepimpinan Najib, khususnya Zambry di Perak.  Bagaimanapun, kemenangan PR kali ini membuktikan rakyat menolak [email protected], khususnya Najib selaku PM dan secara tidak langsung mengiktiraf Dato' Seri Mohd Nizar selaku MB Perak yang sah.

Beberapa perkara yang sempat saya notakan dari beberapa pandangan mengenai pilihanraya ini.

1. [email protected] tidak pernah belajar dari kesilapan biar bertukar pemimpin mana pun dari kalangan mereka.

2. Penggunaan ayam pencen 'recycle' di saat akhir lebih memberi kesan negatif kepada [email protected] walaupun digambar memberi kesan positif pada mulanya. Ini diakui oleh beberapa penganalisis yang mengatakan bahawa orang Abdullah mensabotaj pilihanraya kali ini kerana merasa dipinggirkan. Walaupun cuba dinafikan oleh BN tetapi Mahathir adalah faktor penyebab kepada kekalahan BN di 2 lokasi PRK tersebut

3. Gerak kerja Pakatan Rakyat lebih teratur dan berstrategi manakala jentera [email protected] agak goyah kerana taktik lama masih digunapakai sedangkan sudah kolot dan pincang.

4. Penyokong PR bekerja dengan ikhlas bagi kemenangan sedangkan bagi pihak [email protected] masih berlaku kekecohan dari segi pembahagian ganjaran bekerja.

5. Maklumat kebenaran yang sampai kepada rakyat ibarat air yang mengalir, disekat bagaimanapun, akan tetap mengalir biar dengan memecahkan empangan sekalipun. Maklumat kebenaran itu tidak memerlukan imbuhan walau sedikit pun malahan terpaksa     mengeluarkan kos sendiri. Itulah bukti keikhlasan pemberi maklumat dan Allah meredhai.

6. Apa yang terpenting ialah generasi muda lebih memilih pemimpin yang berketrampilan berbanding bersifat kepartian. Apa yang diharapkan ialah pemimpin yang berjiwa merdeka, tidak bersikap partisan dan perkauman yang melampau, tidak memilih bulu di dalam sebarang bantuan dan membawa suara yang realistik dari permasalahan setempat. Ini adalah suatu harapan dari generasi muda dan sikap itu ada pada pemimpin PR.

7. Suasana politik di Sabah dan Sarawak agak berbeza. Dari beberapa orang rakan saya di sana, mereka mengatakan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak akan memilih BN bagi kawasan luar     bandar. Manakala kecenderungan memilih PR adalah di kawasan bandar. Bagi mereka, kawasan luar bandar perlu dibangunkan dahulu oleh BN. Ini kerana mereka menyalahkan BN setelah puluhan tahun memerintah, rakyat Sabah dan Sarawak masih dipinggirkan. Pembangunan hanya akan dilaksanakan pada setiap kali pilihanraya bagi memancing undi. Mereka bukan bodoh untuk ditipu, tidak seperti pengundi dan pencacai tegar [email protected] di Semenanjung.

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4298