Peringatan Buat Pakatan. Bukan Masa Untuk Bersorak
Tarikh : Sunday, April 12 @ 09:55:53 MYT
Topik : Analisis Isu


Bacaan terbaru dikesemua tiga kawasan pilihanraya kecil; Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang condong kepada calon Barisan Nasional. Perkembangan ini menuntut pimpinan, penyokong, blogger dan petugas Pakatan Rakyat untuk bergerak dengan lebih pantas dan perang saraf yang lebih rancak dan teratur. Beberapa kawasan peti undi yang beberapa hari lalu mencatatkan graf positif buat calon Pakatan telah menurun sejak semalam.

Aturan licik dan kotor yang dimainkan oleh BN dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan menarik balik sekatan terhadap akhbar ‘Harakah’ dan ‘Suara Keadilan’ telah memberi impak besar dalam caturan pemilih sejak semalam.



Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menang tipis, terutama didua Bukit, Gantang dan Selambau. Pilihan raya kecil ini besar ertinya dalam keadaan politik semasa. Ianya adalah “Perakuan Rakyat” terhadap perjuangan parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

Sekalipun Pakatan Rakyat insyaAllah akan menang dalam kesemua pilihan raya kecil ini, tetapi ancaman besar menunggu kita di hadapan.

Tokoh perakus kuasa, Mahathir Mohamad, menurut satu sumber telah mula mengatur langkah bersama Zahir Hamidi, Najib Razak dan beberapa pelabur politik dalam dan luar negara untuk merampas kuasa di dua negeri yang sekarang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Selangor dan Kedah menjadi sasaran mereka. Bagi Mahathir, tertib dan berhemah bukanlah aturan politik dalam keadaan umno sedang nazak dan ingin bangkit.

Mahathir melalui ‘front pagenya’ Najib Razak akan mengulangi percaturan politiknya yang amat jijik dan kotor demi mencapai matlamatnya mendapatkan semula kedua-dua negeri tersebut. Dua alasan berbeda yang telah digariskan oleh kumpulan ini:

1. Selangor diperlukan oleh umno/BN kerana sumber ekonominya.
2. Kedah diperlukan demi menebus maruah Mahathir yang berasal daripada negeri tersebut.

Justeru, kepada saudara Anwar Ibrahim dan rakan-rakan pimpinan dalam KeADILan khasnya, Pakatan Rakyat amnya, Kerajaan Rakyat menyeru agar perkemaskan jentera pentadbiran disetiap negeri yang kita kuasai sekarang. Selain kekukuhan ekonomi, kestabilan politik MESTI diberi keutamaan yang setimpal. Perbincangan antara sesama pimpinan mesti dipertingkatkan. Perhubungan antara pemimpin dengan rakyat MESTI diperkukuhkan. Sekiranya amalan hanya rakyat mencari pemimpin, maka bayangan kecundang bakal menjemput kita sebelum pilihan raya umum ke-13. Langkah politik kita bukan hanya diperhatikan malah dinilai oleh rakyat setiap ketika.

“Saudara Anwar Ibrahim yang saya kasihi, jarang sekali bicara saya buat saudara saya jadikan bacaan umum. Walaubagaimanapun, izinkan saya buat kali ini berkongsi bicara minda saya buat saudara untuk dihadam sama oleh khalayak.

Saudara Anwar Ibrahim, justeru masanya telah lama tiba dan rakyat telah lama menanti, saudara perlu bukan hanya mendidik tetapi memaparkan barisan pimpinan parti KeADILan yang mantap agar ianya dapat membantu membina dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti pimpinan saudara. Salam Takzim dan Salam Perjuangan buat saudara.” - Kerajaan Rakyat.

Sumber: KERAJAAN RAKYAT

.



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4310