Terkini:Ahmad Said Desak Najib Masukkan Nasir ke dalam Kebinet
Tarikh : Sunday, April 12 @ 21:12:27 MYT
Topik : Maklumat


 Salam, kelmarin berlangsungnya mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Terengganu di Awana Kijal, Ketua-Ketua Bahagian dilihat memasuki pintu utama Awana Kijal sejak jam 8 mlm, antara mereka yang hadir ialah Dato Ahmad Said, Ketua Umno Bahagian Kemaman,Dato Mohd Nasir, Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Dato Rosli, Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato Tengku Putra, Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Dato Jidin Shafie, Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Wan Farid, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu dan Yb Yahya Khatib, Ketua Umno Bahagian Marang, hanya seorang Ketua Bahagian yang tidak hadir iaitu Dato Seri Idris, etua Umno Bahagian Besut.

Khabarnya Mesyuarat itu diadakan khusus untuk membincangkan tentang pembentukan Kabinet baru Dato Seri Najib.Dan khabarnya mereka semua tidak berpuas hati dengan keputusan Dato Seri Najib kerana hanya memberi Terengganu Seorang Ahi Kabinet.

Ketua Umno Bahagian Kemaman,Dato Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu khabarnya akan berjumpa Dato Seri Najib secepat mungkin untuk membincangkan bagi penambahan Ahli Kabinet dari Terengganu,dan semua telah bersetuju untuk membawa nama Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus,Dato Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus untuk dijadikan Ahli Kabinet Dato Seri Najib

Khabarnya Ahmad Said akan memohon 2 lagi jawatan Timbalan Menteri,jika diluluskan nama Dato Nasir dan Dato Jidin akan di angkat tetapi jika Dato Seri Najib hanya memberikan satu tempat maka hanya nama Dato Nasir akan diangkat kepada Dato Seri Najib

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4314