Andainya Usul tidak percaya pada MB jadi kenyataan
Tarikh : Sunday, April 12 @ 23:13:32 MYT
Topik : Analisis Isu


Riuh heboh diseluruh Terengganu kononya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bermula 13.4. - 15.4 2009.

Riuh heboh ini sebenarnya bermula dari Wisma Darul Iman, bukan bermula dari Kampung Bukit Diman,Ajil, bukan pula bermula dari Tok Has Besut,tidak juga bermula dari Bukit Besi atau kg Jerung Surau Marang, tetapi idea untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said bermula dari Wisma Darul Iman.



Idea dan perancangan disusun rapi oleh pegawai tadbir negeri yang sudah tidak tahan dengan gelagat dan sombong gong MB dan orang kelilingnya.

Pegawai Tadbir ini telah membuat gabungan sepakatan, memerah buah fikiran dan bergabung dengan beberapa orang Adun BN, malah lebih dari itu diberitakan usaha telah dibuat untuk mendapat kerjasama dari ADUN Pas. Sejauh mana kesanggupan dan kesediaan ADUN Pas dalam kes ini tidak lah dapat dipastikan.

Perancangan ini dibuat sebegitu hampir 2 bulan, ianya agak terggendala sedikit akibat dari Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Kebetulan pula selepas perhimpunan Agung Umno telah berlaku peralihan kuasa dalam struktur Kerajaan malaysia, jadi Geng Reformasi Umno Terengganu telah bersepakat untuk menghantar wakil menemui Najib Razak semasa perhimpunan Agong tersebut, namun Najib selaku Presiden Umno dan PM6, sekadar menyerahkan agar perkara ini di bincang dengan Muhyiddin Yassin Selaku Timbalan.

Kebetulan pula ketika usul ini hendak dibawa di DUN Terengganu, sepatutnya PM 6 masih di Tahiland, menghadiri sidang kemuncak Asean. Disebabkan berlaku rusuhan dan darurat di Bangkok, Persidangan tersebut dibatalkan.(Tanpa gas pemedih mata)

Pada hari ini 12 .4. 2009, empat orang Adun BN dari Terengganu telah berada di Ibu negara menemui TPM bagi membincangkan dan mendapat restu tujuan tersebut.

Siapakah pula nanti yang akan dicadangkan sebagai MB Terengganu dalam usul tersebut? Idris Jusoh rasanya tidak sama sekali selepas diberitakan nama beliau telah ditolak untuk dilantik senator dan seterusnya menteri kabinet dalam Kabinet Najib baru-baru ini.

Kalau dilihat pada kedudukan Umno Terengganu sekarang, yang paling layak dan mampu menerajui Terengganu berpandukan pengalaman mentadbir ialah Ketua Umno Marang, YB Yahya Khatib.Satu satu nya ketua bahagian di Terengganu yang menjadi Adun Terengganu ketika ini selepas Ahmad Said dan Idris Jusoh.

 Walupaun Rosol Wahid menafikan yang beliau akan membawa usul tersebut, namun yang jelasnya beliau ada bersama-sama rombongan 4 orang Umno/BN Terengganu yang menemui Muhyiddin Yasin.

Sumber dari Wisma Darul Iman menyebut bahawa kemungkinan besar usul ini akan dibawa oleh Bukit Besi, kesahihannya tidak lah dapat dipastikan.

Sementara itu seandainya usul ini dibawa, Ahmad Said telah merancang  dengan beberapa Adun yang menyebelahinya agar membawa usul pembubaran DUN Terengganu.Disinilah dilihat undi dari ADUN Pas akan menjadi penentu dan dirasakan PAS lebih bersedia menyokong usul pembubaran DUN berpandukan saranan ADUN PAS Batu Buruk YB Dr Syed Azman supaya Ahmad Said mengambil langkah membubarkan Dun.

Apa pun sama-sama lah kita tunggu isnin, selasa dan rabu.

- Kesempatan ini diucapkan jutaan tahniah kepada beberapa Pegawai tadbir Negeri yang sanggup menungkah arus menentang ketidak telusan Ahmad Said dalam pentadbiran Negeri.

Sumber asal : penawarrinduku

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4318