Sebenarnya aku cukup risau .....
Tarikh : Friday, May 01 @ 21:24:13 MYT
Topik : E-mel Pembaca


Umur aku dah lebih setengah abad. Anak kedua (lelaki) aku baru tamatkan pengajiannya di KUTPM bidang BIOMEDIC dan kini bekerja di salah sebuah makmal swasta. Dia yang dah berusia 26 tahun itu kini dah mula berjinak-jinak di alam percintaan dengan gadis yang pernah buat praktikal di hospital swasta dimana anak lelaki aku pernah bertugas dulu. Anak aku yang pemegang ijazah itu kini bekerja di makmal swasta lain setelah kontraknya tidak disambung. Gadis itu pula kini sedang melanjutkan pengajiannya untk mendapatkan ijazah dibidang yang sama dengan anak aku.

Yang paling aku susah hati ini ialah anak perempuan sulong aku yang kini dah mencecah usia 28 tahun dan masih belum berkahwin. Dia hanya pemegang sijil ICT sahaja dan kini sedang bekerja di Carrefour sebagai supervisor. Aku ingin menikahkan anak teruna aku itu tetapi aku tak sanggup mengenepikan anak gadis (kakak kepada anak teruna aku). Memang jodoh ditangan ALLAH, akan tetapi perkara ini sering menjadi buah mulut jiran. Mungkin itu sebab utama apabila tiba Hari Raya, anak sulong aku itu tidak mau mengambil cuti kerana kebiasaannya kami akan pulang kekampung. tapi sampai bila????

Ada siapa-siapa yang boleh membantu aku dalam dilema ini?
Untuk pengetahuan semua, anak aku pernah mengaji di Seolah Agama Tok Kenali, Kubang Kerian, Kelantan selama 2 tahun. Aku terpaksa membawanya balik setelah dia dilanggar oleh mat rempit semasa menunggu bas disana. Alhamdulillah, usianya panjang.





Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4330