Isu DUN Perak: Bonus rakyat untuk PR
Tarikh : Sunday, May 03 @ 16:46:16 MYT
Topik : Komentar


 7 Mei nanti khabarnya akan berlangsung sidang DUN Perak yang tertangguh hampir 6 bulan. MB haram Perak dalam sidang itu akan mengusulkan untuk memecat Speaker yang sedia ada dan diganti dengan orang lain.

Memang hebat 'drama' DUN Perak dengan episod yang cukup panjang dan insiden cukup tegang. Semuanya gara-gara Najib bersama Zahid Hamidi dengan segala usaha dan tipu daya mereka untuk merampas Perak dari kerajaan PR.

Sejak Najib jadi PM semua agendanya akan dilaksanakan mengikut skrip yang telah tersedia sekian lama. Sekadar masa pemisah cuma yang lain-lain telah diatur dengan kerjasama pihaknya yang 'dilarang tidur'.

Sama ada masih berdebar atau tidak menanti detik ketika episod Perak selanjutnya, seluruh rakyat akan tertumpu kesana. Mengimbau semula bagaimana terjadi peristiwa rampasan kuasa apabila "3 ekor + 1 ekor" punya angkara, menjadikan kerajaan Perak tenggelam punca.

Apapun yang telah terjadi dan bakal terjadi di Perak, rakyat Malaysia sebenarnya telah memberi bonus percuma kepada PR. Semuanya itu telah dapat dilihat dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, meskipun Umno/BN menafikan semua ini.

Menanti kedatangan 7 Mei akan melengkapkan lagi tambahan bonus rakyat kepada PR dalam menghadapi PRK Penanti. Melainkan dengan izin perkenan Sultan jika DUN Perak dibenarkan untuk bubar, rakyat pula mendapat bonus percuma.  

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4344