MB kembali bertugas Rabu ini
Tarikh : Sunday, May 03 @ 20:33:05 MYT
Topik : Berita


Oleh Salmah Mat HusainFoto Rizal Tahir

 PENGKALAN CHEPA, 3 Mei (Hrkh) -
Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mulai bertugas semula Rabu ini selepas kembali daripada menunaikan ibadat umrah kira-kira jam 4.10 petang tadi.

Beliau bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak serta anak bongsu Nik Asma' Salsabila menunaikan ibadat umrah sejak 20 April lalu. Turut mengiringinya Setiausaha Sulit Khasnya, Rusdi Abdullah.


Kepulangannya disambut Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato� Mohd Amar Abdullah, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, dan Abdul Fattah Mahmood.

Turut kelihatan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Menteri Besar kelihatan sihat dan ceria sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu kenamaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sambil tersenyum dan bersalaman dengan orang ramai. Sesekali beliau turut melambaikan tangan.Image

Bagaimanapun tiada persidangan media diadakan memandangkan beliau masih kepenatan.

Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa syukur di atas kepulangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa dinanti rakyat Kelantan.

"Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah, Tuan Guru begitu sihat dan ceria," ujarnya. - mj _



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4352