ADUN Kuala Nerang :- ALKISAH BERUK HILANG TUAN........
Tarikh : Sunday, May 03 @ 20:38:16 MYT
Topik : Artikel Pilihan


 Tatkala cerita berkenaan dengan YB Datuk Syed Sobri Syed Hashim (ADUN-Kuala Nerang) diperkatakan di arena politik negeri Kedah Darul Aman, timbul pulak cerita lain yang mungkin membimbangkan lagi YB Kuala Nerang ini.  

Sebelum ini, Syed Sobri sibuk menepis beberapa tuduhan dan penghakiman mengenai status muflisnya. Syed Sobri akan dihimpit lagi dengan kes penyelewengan RM1.7 juta wang syarikat Seri Temin Development Corporation (“STDC”) yang pernah diterajuinya suatu masa dahulu.

Menurut sumber dari Wisma Darulaman, perkara ini telah mendapat perhatian dari awal lagi sejak kerajaan PR mengambil tampuk pentadbiran negeri Kedah Darul Aman. Namun  usaha mengumpul bukti memerlukan masa yang secukupnya. 

Pihak Kerajaan Negeri Kedah masih membuat penelitian tentang tindakan-tindakan undang-undang dari segi jenayah pecah amanah (“criminal breach of trust”) atau dari segi saman sivil yang boleh dikenakan terhadap Syed Sobri. Apa-apapun berikut adalah fakta kes untuk kita tatapi dan membuat penilaian awalan (“initial evaluation”). 

Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan STDC ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program “Pemimpin Bersama Rakyat” disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman.  

Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato’ Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC.             

Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui:
 
BilKawasan ParlimenJumlah (RM)
1Padang Terap130,000.00
2Kulim/Bandar Baharu120,000.00
3Pokok Sena110,000.00
4Jerlun110,000.00
5Baling110,000.00
6Alor Setar110,000.00
7Kuala Kedah110,000.00
8Sik110,000.00
9Jerai110,000.00
10Sungai Petani120,000.00
11Merbok110,000.00
12Padang Serai110,000.00
13Langkawi120,000.00
14Kubang Pasu110,000.00
15Pendang110,000.00
 JUMLAH1,700,000.00

 Sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar (“circular resolution”).  

Resolusi beredar ini bertajuk “Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat”. Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut: 

BilNama
1Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
2Dato’ Ariffin Man
3Datuk Syed Sobri Syed Hashim
4Encik Zubir Zabidi
5Encik Mohamad Radzi Ayob
6Encik Mustafar Ahmad
7Puan Marlia Abd. Latiff
8Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail

 Persoalannya samada pihak pengurusan STDC mahupun Lembaga Pengarah STDC mempunyai kuasa untuk meluluskan sumbangan yang sebanyak ini. Ini adalah kerana menurut akaun pengurusan STDC, pendapatan syarikat bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 adalah RM1,415,888.77 (“actual recorded figures taken from STDC’s Management Account from January 2009-March 2009”).     

Oleh itu, dari segi logiknya sumbangan yang jumlahnya melebihi pendapatan dalam tempoh yang sama bolehlah dianggap penting atau “significant” yang mungkin memerlukan kelulusan lebih dari Lembaga Pengarah.  

Adakah perkara seumpama ini tidak memerlukan kelulusan pemegang saham (iaitu PKNK) melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (“Extraordinary General Meeting”) atau Mesyuarat Agung Tahunan (“Annual General Meeting”)? 

 Mari kita menganalisa Akta Syarikat, 1965 (“Companies Act, 1965”). Menurut Bahagian 5(2) (Pengarah & Pegawai Syarikat) Seksyen 132 (Tugas dan Tanggungan Pengarah & Pegawai) Peruntukan 1E (Tanggungjawab Pengarah Lantikan): 

“Seseorang pengarah, yang dilantik melalui kedudukannya sebagai seorang pekerja atau; dilantik mewakili pemegang saham, majikan atau pemegang debentur; hendaklah sentiasa bertindak atas kepentingan syarikat tersebut; dan sekiranya wujud percanggahan antara tanggungjawabnya atas kepentingan syarikat dengan tanggungjawabnya atas kepentingan pihak yang melantiknya, maka beliau tidak boleh mendahulukan tanggunjawabnya pihak yang melantiknya dengan tanggungjawabnya terhadap kepentingan syarikat.

” Companies Act, 1965: Part V, Division 2 (Directors & Officers) Section 132 (As to the Duty and Liability of Officers) Clause 1E (Responsibility of a Nominee Director): 

“A director, who was appointed by virtue of his position as an employee of a company, or who was appointed by or as a representative of a shareholder, employer or debenture holder, shall act in the best interest of the company and in the event of any conflict between his duty to act in the best interest of the company and his duty to his nominator, he shall not subordinate his duty to act in the best interest of the company to his duty to his nominator.”
 

Sekiranya Syed Sobri tidak memahami peraturan ini oleh kerana beliau tidak diajar tentang Akta Syarikat, 1965 di Pejabat Pos Malaysia, izinkan saya memperhalusi maksud peraturan ini: 

Peraturan ini jelas menyatakan seseorang pengarah yang dilantik hendaklah menjaga kepentingan syarikat pada setiap masa.

Oleh kerana Syed Sobri dan pengarah-pengarah lain tidak memegang saham secara langsung dalam syarikat STDC, maka mereka adalah pengarah yang dilantik mewakili pemegang saham (“nominee directors”).Justeru itu, mereka tanggungjawab mereka termaktub di bawah peruntukan yang disebut di atas.  

Di dalam peraturan ini juga disebut bahawa tanggungjawab pengarah menjaga kepentingan syarikat mendahului tanggungjawab pengarah itu terhadap pihak yang melantiknya samada pihak itu pemegang saham (dalam kes ini PKNK) atau pihak yang lebih tinggi (dalam kes ini YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid).  

Persoalan yang timbul adalah: 

 ·         Adakah menyumbang sebanyak RM1.7 juta di ketika pendapatan syarikat semasa hanya RM1.4 juta merupakan satu tindakan yang dianggap menjaga kepentingan syarikat? Is this action considered by the directors as acting in the best interest of the company as stipulated in the article above? 

·         Sama-samalah kita membuat penilaian dan yang lebih penting lagi kita akan biarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) membuat penilaian apabila perkara ini dilaporkan kepada SSM secara rasminya tidak lama lagi. Harap-harap Syed Sobri dan ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang lepas bersedia menghadapi sesi soal-siasat SSM yang mempunyai kuasa mendakwa tersendiri sebagaimana diperuntukan kepadanya di dalam Akta Syarikat, 1965 Bahagian 2, Peruntukan 7-7D. 

Dalam pada itu, ahli lembaga pengarah STDC pada ketika itu masih boleh dipanggil oleh PKNK sebagai pemegang saham 100% dalam STDC bagi menerangkan sebab Lembaga Pengarah meluluskan sumbangan RM1.7 juta ini.  

Kita yakin bahawa PKNK di bawah YAB Datuk Azizan Abdul Razak serta ahli-ahli perbadanan yang lain akan menggunakan kuasa mereka sebagai pemegang saham STDC untuk menyoal ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang meluluskan sumbangan ini apabila semua siasatan mengenai perkara ini selesai.  

Adalah dinasihatkan individu-individu yang menandatangani resolusi tersebut menempah tiket kapal terbang untuk ke luar negara segera kerana perkara ini akan dibawa ke tengah.  

Nasihat buat YB Datuk Syed Sobri adalah YB mungkin akan dipenjarakan disebabkan jenayah pecah amanah yang dilakukan semasa di STDC. Jadi, tak payahlah risau pasal kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah (“DUN”). Mungkin YB Datuk patut risau kehilangan kebebasan apabila disumbat ke dalam sistem penjara.  

Apa-apapun Syed Sobri adalah umpama beruk yang hilang tuannya ketika ini. Disebabkan Dato’ Seri Mahdzir Khalid, yang telah terpelanting dari senario politik UMNO Kedah walaupun berjaya mendapat tempat di MT UMNO, Syed Sobri terpaksa menerima hakikat yang beliau umpama beruk yang telah kehilangan tuan.  

Lebih teruk pula, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah adalah Datuk Shafie Afdal yang berasal dari Sabah. Justeru itu, beruk-beruk kecil macam Syed Sobri ini tidak mendapat tempat lagi.   

Datuk Shafie mungkin lebih minat memelihara orang utan dan babun seperti Bashah Md. Hanipah oleh kerana orang utan mendapat perhatian lebih di negeri di bawah bayu itu.

Syed Sobri dahulu menikmati buah-buahan yang banyak apabila tuannya, Det Khalid menjaga ladang dusun buahan-buahan yang besar.  

Sekarang ini, tuan tersebut hanyalah umpama pekebun kecil cabai melaka di Pedu. Mungkin Syed Sobri yang lapaq dan buloq ini akan cuba mencari makanan di kebun cabai melaka Det Khalid. Akhirnya, Det Khalid hanya mampu berkata... “Jangan monyet….., jangan…”!!!  

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4353