Apa Nak Jadi Dengan Melayu....( Part 2 )
Tarikh : Monday, May 04 @ 19:22:09 MYT
Topik : Coretan @ Luahan


 Apa seronoknya berkaraoke ? Apakah kepuasan yang dinikmati setelah melalak-lalak ? Kenapa  wabak kemaruk berkaraoke ini dihidapi oleh orang2 Melayu sahaja ?

Seperti yang dapat kita lihat kemaruk berkaraoke ini bukan sahaja menjadi kegilaan remaja2 malah yang menghairankan yang dah tua ( warga emas yang dah bercucu ) pun ikut sama berkaraoke. Sewaktu ditukarkan ke tanah rancangan felda saya pergi kesebuah sekolah yang mengadakan Hari Kantin.

Antara acaranya ialah pertandingan karaoke. Saya terkejut kehairanan apabila yang masuk bertanding 100% orang tua2 ( makcik2 dan pak cik2 ) yang dah penuh beruban dikepalanya. Salah seorang situa ini tempang kakinya. Tetapi yang sungguh memalukan ( bagi saya ) ialah seorang makcik yang menyanyi diikut dengan penuh aksi ( kerana menghayati lagu ). Dan makcik ini bukan sekali menyanyi , malah beberapa kali ( peserta dikenakan bayaran.

Nak nyanyi berapa kali pun lantak kau lah ) Setiap kali dia naik dengan dia akan pakai baju yang lain . Saya bertanya kepada guru perempuan yang ada disisi saya. " Hairan ya, disini yang berkaraoke tua2 belaka ." Dia jawab , " memang biasa macam ni. Tiap-tiap blok ada group karaoke. Kalau ada majlis kahwin dia orang akan menyanyi. Group karaoke ni orang tua2 belaka. Set karaoke dibeli menggunakan peruntukan JKKK." Saya sekadar menggelengkan kepala. Tidak hairanlah mengapa felda2 menjadi sarang maksiat. Sebut sahaja jenis2 maksiat. Semuanya ada difelda-felda. Judi ,mat rempit ,dadah dan arak perkara biasa. Yang lebih advancenya iaalah seperti seks bebas dan pembikinan klip porno. Apa nak jadi dengan Melayu ?

Yang lebih mengecewakan lagi apabila agensi2 dan jabatan kerajaan turut sama mempromosi dan menggalakan budaya yang tidak berfaedah ini. Tidak cukup dengan berkaraoke diwarung2, digerai2 dan ditempat2 makan , malah masyarakat diajak BERKARAOKE DI RADIO. Lihat betapa bodohnya orang2 Melayu. Bayangkanlah mereka menyanyi sambil memegang talipon. Mereka ini jenis yang tak faham apa makna pembaziran. Tetapi sangat dikesali pembaziran ini digalakan oleh agensi kerajaan. Dalam masa yang sama menteriu2 mengajak rakyat supaya berjimat.

Sudah tiba masa digerakan usaha untuk mematikan selera orang2 melayu berkaraoke. Semoga akan lahirnya gerak kerja yang komprehensif dari kalangan pemikir yang sayangkan bangsa ini dari terus dibuai oleh budaya yang tidak berfaedah ini. Ayuh kita mulakan dari sekarang.



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4358