Ketua DPP P.Pinang Lepaskan Jawatan Bukan Letak Jawatan
Tarikh : Monday, May 04 @ 22:11:57 MYT
Topik : Berita


Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd hafiz bin Mohd Nordin yang bersuara agar PAS bertanding di DUN Penanti biarpun kerusi itu 'milik' Parti Keadilan Rakyat iaitu rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Mohd Hafiz menjelaskan hari ini yang beliau bukan meletakkan jawatan tetapi melapaskan jawatan kerana sudah lebih had umur pemuda iaitu 40 tahun ke bawah. Jelasnya, beliau tiada pun menyebut perkataan letak jawatan dalam ucapannya pada Muktamar Pemuda PAS Negeri di Balik Pulau semalam.


Sebenarnya beliau melepaskan jawatan kerana umurnya sudah menjangkau 40 tahun dan tidak lagi boleh menyandang jawatan tersebut. Tambahnya, 'kekeliruan berlaku kerana wartawan menulis berita berkenaan mungkin tidak berapa mendengarnya kerana tidak ada pada mesyuarat tersebut semalam'. Walaubagaimanapun Pesuruhjaya PAS Negeri Mohd Salleh Man, memberitahu beliau menunggu laporan rasmi daripada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan daripada maklumat awal Mohd Hafiz tidak meletak jawatan.

http://addin77.blogspot.com


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4371