Mengapa Ir Kahlid Samad dan Husam Musa tiba-tiba memberi komen?
Tarikh : Tuesday, May 05 @ 13:03:52 MYT
Topik : Artikel


Oleh : Anok Manir, Terengganu.

 Susulan tulisan berani Nik Abduh menerusi blognya (http://nikabduh. wordpress.com), dengan tidak semena-mena Ir Khalid Samad dan Husam Musa kelihatan melenting. Entah apa gerangannya yang menyebabkan tiba-tiba Husam Musa dan Ir Khalid kelihatan seolah-olah terasa bahawa mereka empunya diri yang dimaksudkan oleh Nik Abduh menerusi tulisannya yang bertajuk kerja-kerja bodoh dalam PAS.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat Nik Abduh yang berani kerana benar, yang berani walaupun berhadapan nama-nama besar dalam PAS Kelantan dan yang berani walaupun beliau tahu bahawa orang yang dimaksudkan begitu tinggi kedudukan dalam kerajaan PAS Kelantan (mungkin Exco).

Niat Nik Abduh tidak sukar difahami sebenarnya. Orang yang jahil dan jahat pun boleh membaca niat NIk Abduh menerusi tulisannya. Niat beliau ialah tidak mahu melihat orang-orang jahat dalam PAS Kelantan yang berada disekeliling ayahnya itu dari terus memutarbelit fakta dan menyembunyikan kebenaran dari ayahnya, agar ayahnya akan terus menyerang Tok Guru Hadi Awang berkaitan idea penubuhan Kerajaan Perpaduan.

NIk Abduh sendiri telah memberitahu kita dalam tulisannya bahawa beliau bukan laparkan kedudukan atau jawatan sebagai yang berhormat seperti yang pernah ditanya kepadanya sebelum ini, tetapi tidak lain tidak bukan beliau marah dan menyerang dengan panas keatas orang-orang yang berada disekitar ayahnya yang menjadikan perkara yang benar (Kerajaan Perpaduan) seperti sesuatu yang tidak baik yakni berdosa atau haram.

Siapa orang-orang disekeliling ayahnya yang menjadi pembantu kepada ayahnya itu? Kita semua sukar mengetahuinya kerana Nik Abduh sendiri tidak menyatakan dengan jelas siapa nama pembantu-pembantu ayahnya itu.

Tetapi jika dilihat kaitan dengan kenyataan dari 2 pemimpin PAS bertaraf sederhana pada minggu lepas, ianya mungkin boleh dijadikan bahan bukti, rujukan atau kaitan yang munasabah walaupun ianya belum tentu betul 100%.

Ir Khalid yang pernah mengkritik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Mustafa Ali dengan lantang dan penuh nada kesombongan tiba-tiba membalas tulisan Nik Abduh itu menerusi tulisan yang bertajuk ‘Mi Celup’ yang disiarkan pada 30 April 2009 di laman web www.detikdaily.net. Entah apa kaitannya sehingga Ir Khalid yang bukan Presiden PAS atau Naib Presiden PAS itu tiba-tiba terasa seolah-olah tulisan itu mempunyai kaitan dengan dirinya atau kumpulan yang dia turut bersekongkol didalamnya sehingga menyebabkan beliau menyerang balas Nik Abduh.

Bahkan jawatan Ir Khalid sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor juga telah dilucutkan pada akhir tahun lalu, maka tulisan beliau bertajuk ‘Mi Celup’ itu ditulis atas kapasiti sebagai ahli PAS atau atas kapasiti peribadi? Hanya Ir Khalid yang dapat menjawabnya.

Pada 29 April, Husam Musa yang sering bercakap dengan susunatur ayat yang lembut dan teratur kelihatan tiba-tiba sedikit melenting apabila ditanya oleh wartawan akhbar Utusan Malaysia akan tulisan Nik Abduh itu. Husam menjawab : “Saya tidak baca blog yang saya fikir tidak ada kaitan banyak dengan kerja-kerja saya, masa tidak cukup untuk saya baca, nak buat kerja pun tidak sempat”,

Husam sebenarnya tahu bahawa beliau mungkin antara individu yang difikirkan oleh ramai orang kerana beliau amat rapat dengan Tok Guru Nik Aziz. Husam walaupun tidak menunjukkannya secara nyata, sedikit sebanyak gagal menyembunyikan perasaannya apabila ditanya wartawan akan komennya tentang tulisan NIk Abduh itu. Husam jelas tidak berani menafikannya. Jika benar beliau bukan individu yang dimaksudkan kenapa beliau tidak menafikanya?

Orang-orang PAS sesungguhnya amat mencintai gerakan islam ini. Mereka mencintai PAS seperti mereka mencintai adik beradik mereka sendiri. Sewajarnya mereka bimbang jika memang wujud (diyakini memang wujud) orang-orang dalam PAS yang bersifat menghasut dan melaga-lagakan pemimpin tertinggi parti seperti Tok Guru Hj Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz.

Jika mereka mempunyai niat politik peribadi yang tinggi dan agenda peribadi, perwakilan pada Muktamar PAS di Shah Alam, Selangor pada bulan Jun nanti mesti menghumbangkan mereka keluar dari senarai kepimpinan PAS Pusat




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4374